Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Kementerian utama sistem pasang siap

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya menggalakkan semula pendekatan pembinaan berasaskan Sistem Binaan Industri (IBS) sekali gus mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing kepada hanya 15 peratus tahun depan. 

Menterinya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata ini akan dilakukan dengan menguatkuasakan penggunaan sistem berkenaan atau dikenali juga sebagai sistem pembinaan pasang siap dalam pelaksanaan semua projek kendalian Jabatan Kerja Raya bernilai RM6.9 bilion. 

Susur keluar Semenyih Lebuhraya Lekas ditutup dua hari

KUALA LUMPUR - Jalan susur keluar di KM 1.4 dari arah Kuala Lumpur ke Semenyih Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) ditutup selama dua hari mula semalam.

Pehak pengurusan Lekas Sdn. Bhd dalam kenyataan semalam berkata, penutupan itu adakah bagi Kerja-kerja penyelengaraan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di kawasan berkenaan.

Pengguna lebuh raya itu dinasihati supaya berhati-hati dan mematuhi arahan lalu lintas yang disediakan serta menghubungi talian infoline Lekas di Talian 1-800-888-021 untuk sebarang pertanyaan.

Malaysia anjur Pertandingan Kemahiran Asean

MALAYSIA diberi penghormatan untuk menganjurkan Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) kali ketujuh yang akan diadakan di Akademi Binaan Malaysia, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 November depan. 

Pertandingan itu akan diselaraskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB), manakala Jawatankuasa Kebangsaan yang dinaungi Kementerian Kerja Raya (KKR) ditubuhkan bagi memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan memenuhi standard antarabangsa. 

Pelaksanaan IBS kurangkan pengambilan pekerja asing

KUALA LUMPUR: Hanya kira-kira 50,000 daripada 315,000 pekerja asing yang akan diambil bekerja di sektor pembinaan di seluruh negara apabila kerajaan memperkenalkan Industrial Building System (IBS) dalam sektor berkenaan bermula tahun depan.

Langkah memperkenalkan IBS itu bertujuan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, aliran wang keluar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang, meningkatkan kualiti, produktiviti dalam industri pembinaan.

Plus bantu kontraktor

PLUS Expressways Bhd (Plus) membuka peluang kepada kontraktor Bumiputera kelas F dan G1 bagi menceburi kontrak pembangunan dan Kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya kendaliannya di seluruh Negara.

Peluang diberikan itu sekali gus membantu kontrktor berkenaan mengatasi isu kesukaran mendapatkan projek  pembangunan selain membantu membabitkan mereka secara langsung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9)

Plus beri peluang untuk kontraktor Bumiputera F, G1

PLUS Expressway Berhad (PLUS) kini memberi lebih banyak peluang kepada kontraktor Bumiputera Kelas F dan Gred G1 untuk menceburi industri pembinaan  menerusi agihan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada nilai yang diberikan kepada projek kontraktor utama.

Pengarah Urusannya Noorizah Abd Hamid berkata, peluang itu diberikan menerusi Program Mentor-Mentee yang menawarkan skop kerja awam, mekanikal dan elektrikal serta kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan lebuh raya.

PLUS launches new logo

PETALING JAYA: PLUS Expressways Berhad has changed its logo, after 20 years of operation, from the familiar green highway icon to one that looks and feels more modern.

Launched yesterday by Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed, the new logo has a curved blue highway icon which flows into the word PLUS.PLUS chairman Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim said the new logo maintained green as the company's corporate colour while the blue strip reflected the company?s membership within the UEM group.

Plus bantu kontraktor kelas F, G1

PETALING JAYA 23 Okt. - Projek Lebuhraya Utara Selatan  (PLUS) hari ini melancarkan Program Mentor-Mentee yang bertujuan membantu meningkatkan keupayaan kontraktor bumiputera Kelas F dan Gred G1.

Melalui program itu, kontraktor bumiputera Kelas F dan Gred G1 diberi peluang untuk menimba pengalaman bekerja menerusi kontrak-kontrak yang ditawarkan PLUS kepada kontraktor utama.

International award for SMART

THE Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) clinched the International award category in the prestigious British Construction Industry award, given out to any British-based projects from around the world, on Oct 8.

"The selection process was a gruelling one and we were one of the 183 projects shortlisted for excellence in innovation and engineering," said general manager (tunnel division) of Gamuda Engineering Sdn Bhd, Yeoh Hin Kok.

The project is a joint venture between Gamuda and MMC corporation. For Gamuda, the win was nothing short of a surprise.

Litrak belanja RM200j naik taraf LDP

PETALING JAYA: Syarikat konsesi lebuh raya, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) sedang berusaha menaik taraf Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) demi meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, sebagai permulaan syarikat itu memperuntukkan RM200 juta bagi menaik taraf persimpangan bertingkat di Taman Tun Dr Ismail.

"Langkah ini dilakukan atas inisiatif kami sebagai tanggungjawab sosial syarikat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna LDP.

Subscribe to