Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Mohd Zin diminta buat penjelasan lanjut.

PUTRAJAYA - Sebarang kenyataan lanjut berhubung laporan bahawa kerajaan mendeklasifikasi perjanjian konsesi tol di negara ini akan dilakukan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya akan minta menteri berkenaan membuat kenyataan berkenaan perkara ini bagi memastikan ia betul dari segi teknikal," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum dan Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2008, semalam.

Dokumen perjanjian konsesi lebuh raya boleh didapati umum mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR - Kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya di seluruh Negara kecuali Maju Expressway, yang mengendalikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya, bersatu untuk mendeklasifikasikan perjanjian konsesi lebuhraya antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.

Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed berkata, dokumen perjanjian tersebut boleh didapati mulai 1 Januari depan.

PLUS beri diskaun tahun depan

KUALA LUMPUR - Pemandu kenderaan ringan yang menggunakan Lebuh Raya UtaraSelatan (PLUS) dan Expressway Lingkaran Tengah Sdn. Bhd. (Elite) bakal menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus sepanjang dua tahun bermula 1 Januari 2009.

Ia sah di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Sempena musim perayaan utama pula, pemandu kenderaan kategori itu (Kelas 1) juga diberi diskaun tambahan 10 peratus lagi bagi Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas, kata Pengarah Urusan PLUS Expressways Bhd. (PLUS), Noorizah Abd. Hamid di sini semalam.

Terowong SMART ditutup sementara

KUALA LUMPUR - Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan menutup terowong itu hari ini bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi.

Penutupan itu dibuat bagi membolehkan pemeriksaan sistem terowong berkala dilaksanakan.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan tentang penutupan itu boleh menghubungi talian SMART 1-300-88-7188.

 

 

Zin to issue statement on declassification of toll pacts

PUTRAJAYA: Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamad will issue a statement on the government?s reported declassification of toll concession agreements, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said yesterday.

"I think I will ask the minister to make a statement to ensure (that it is) technically correct. I will leave it to the works minister to make a statement," Najib, who is also finance minister, said when asked to comment on a news report that the government has declassified toll concession agreements.

Subscribe to