Perjanjian Konsesi Lebuhraya boleh disemak
KUALA LUMPUR: Mulai semalam, orang awam boleh menyemak Perjanjian Konsesi Lebuhraya yang dikelaskan semula selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 di Perpustakaan Kementerian Kerjaraya di sini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohamad Razali Othman, berkata pemohon yang ingin menyemak perjanjian itu perlu datang sendiri ke perpustakaan berkenaan dan mengisi borang yang disediakan.