Menteri Kerja Raya dianugerah Datuk Seri
PEKAN 12 Feb. - Dua penyanyi popular tanah air, David Arumugam dan Khadijah Ibrahim atau Kathy dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lepas.
Penyanyi utama kumpulan Alleycats itu atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam dan Khadijah adalah antara 66 penerima darjah DIMP yang menerima anugerah masing-masing daripada baginda dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.