Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
PROGRAM MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENGGUNA JALAN PERSEKUTUAN

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya ini telah merasmikan 3 program iaitu Majlis Penyerahan Perakuan Siap Kerja (CPC) dan Peruntukan Bagi Program Blackspot, Lintasan Pejalan Kaki Searas Lampu Isyarat (LPKSI) dan Arahan Kerja (AK) serta Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Jalan Persekutuan.

TINJAUAN TAPAK PROJEK JALAN, JAMBATAN DAN KEMUDAHAN PERNIAGAAN OLEH YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA

ALOR SETAR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, meneruskan agenda turun padang pada sebelah petang dengan melawat tapak Projek Membina Jalan dan Jambatan Alor Ganu - Titi Gajah, Daerah Kota Setar ke Titi Besi, Daerah Kubang Pasu, hari ini. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memastikan pelaksanaan projek infrastruktur rakyat berjalan mengikut jadual serta menepati spesifikasi yang ditetapkan.

PROJEK PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) MUALLIM, PERAK

MUALLIM – Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Projek di bawah RMKe-11 dengan peruntukan RM85 juta ini dibina di atas tanah seluas 28.02 ekar dan merangkumi bangunan pentadbiran moden, kuarters pegawai dan anggota, surau, dewan serbaguna, gelanggang riadah serta bangunan tadika bagi kemudahan warga IPD dan komuniti setempat.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENANGANI ISU SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI DI PELBAGAI NEGERI DAN PROJEK DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG (NEGERI SELANGOR)

CHERAS - Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi di Pelbagai Negeri dan Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (Negeri Selangor) bertempat di SK Bandar Tun Hussein Onn 2.

MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK INFRASTRUKTUR RAKYAT

ALOR SETAR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah hadir ke Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman bagi mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Infrastruktur Rakyat Bawah Kementerian Pelbagai Bilangan Tahun 2025 serta projek-projek terdahulu. Mesyuarat tersebut bertujuan mengkaji kemajuan pelaksanaan, isu semasa dan langkah pemulihan bagi memastikan projek infrastruktur rakyat berjaya disiapkan mengikut jadual dan piawaian ditetapkan.

PERHIMPUNAN BULANAN OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR - Hari ini telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Oktober 2025 diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Dalam ucapan amanat kali ini, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa Belanjawan MADANI 2026 memberi keutamaan kepada projek berkepentingan rakyat — jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital — dengan peruntukan RM10.692 bilion.

Fokus turut diberikan kepada penyenggaraan jalan melalui Program MYJalan bernilai RM2.5 bilion serta peningkatan peluang kontraktor Bumiputera G1–G4 kepada RM700 juta.

YBTM HADIR KE PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR -  Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Dr. Haji Ahmad Haji Maslan hari ini hadir ke Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat bagi menjawab dua soalan lisan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan infrastruktur jalan dan kemudahan lampu solar. 

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) TAHUN 2025

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat KKR Tahun 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya yang hadir turut menyempurnakan pelepasan peserta untuk acara Fun Run Peringkat KKR.

Subscribe to