Kutipan tol di lebuhraya Besraya dimansuhkan
KUALA LUMPUR - "Kutipaan tol di Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di sini di kedua-dua arah dimansuhkan bermula 12.30 tengah hari ini (semalam)," kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Beliau berkata, pemansuhan tol itu sepatutnya bekuatkuasa 1 Mac depan, bagaimanapun Besraya (M) Sdn Bhd bersetuju memansuhkan kutipan tol enam hari lebih awal.