Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Pembukaan BEE Memberi Manfaat kepada Pengguna

Kuala Lumpur, 15 April – Pembukaan Lebuhraya Sungai Besi atau Besraya Eastern Extension (BEE) dijangka dapat menyuraikan dan mengurangkan kesesakan trafik kepada lebih 250,000 pengguna sehari terutama pada waktu puncak.

BEE yang dibina sepanjang 12.3km itu adalah rangkaian jalan penyambung di antara MRR1 dan MRR2 sekaligus dapat mengurangkan masa perjalanan dari 45 minit kepada 10 minit.  Ia menghubungkan jalan-jalan utama seperti Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Shamelin, Jalan Pandan Indah dan Jalan Pandan Utama melalui Persimpangan bertingkat Ikan Emas.

Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Kota Bharu – Kuala Krai (Pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok)

Kota Bharu, 1 April – Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Kota Bharu – Kuala Krai (Pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok) telah disempurnakan oleh YAB. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri di tapak majlis pecah tanah lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai di Tiong, Kota Bharu, Kelantan.

KKR menghimpun Kontraktor Bumiputera Selangor

Kajang, 18 Mac – Seramai 250 orang kontraktor bumiputera sekitar Selangor telah menghadiri Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputera di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang hari ini.  Seminar ini merupakan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Selangor. 

MoU Memeterai Program Latihan dan Pensijilan kepada Personel Binaan Indonesia

Kuala Lumpur, 31 Mac -  Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Badan Pembinaan Konstruksi (CDA) Kementerian Pekerjaan Umum Republik Indonesia dan CIDB Holdings telah diadakan di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel hari ini.

Perhimpunan Bulanan Mac KKR – Senario Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bulan Mac telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, hari ini dan diurusetiakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).  Justeru, penyampaian amanat kali ini menyentuh khusus kepada senario industri pembinaan negara.

Subscribe to