PAPAR – Sempena lawatan kerja ke Negeri Sabah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim telah meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 di jajaran Papar hingga Kota Belud, meliputi lokasi WP5, WP6, WP7, WP8, WP9, WP10 dan WP11.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir, serta Timbalan Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, YBhg. Dato’ Ir. Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid.