Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA — Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek tadbir urus, integriti dan pencegahan rasuah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan telah diadakan di Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Putrajaya.

AMANAT TAHUN BAHARU 2026 YAB PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyertai sesi Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bagi bulan Januari serta Amanat Tahun Baharu 2026 yang berlangsung secara hybrid di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya dan FB Live JAbatan Perdana Menteri. 

PENYERAHAN PROJEK SIAP PEMBINAAN KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN BINTULU, SARAWAK

BINTULU, SARAWAK - Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan satu lagi projek milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berjaya disiapkan. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.

Pemeteraian MoA GP Utiliti PK Perkukuh Pelaksanaan Projek Kerajaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kerja Raya hari ini memeterai Memorandum of Agreement (MoA) GP Utiliti PK bagi memperkukuh pelaksanaan kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula utiliti dalam program serta projek Kerajaan, selaras dengan keputusan Kerajaan berkaitan pemakaian GP Utiliti PK di bawah RMK13 dan Rancangan Malaysia Lima Tahun seterusnya yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

YBTM SANTUNI WARGA JKR NEGERI MELAKA

MELAKA, 18 DISEMBER 2025 - Petang tadi Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka.

Kehadiran beliau disambut oleh Pengarah Kerja Raya Melaka, YBrs. Tuan Ir. Haji Mohamad Salzeli Moktar bersama seluruh warga kerja JKR Melaka.

YB. Timbalan Menteri turut diberi taklimat mengenai operasi JKR Melaka dan beliau turut membuat tinjauan di salah satu tapak projek yang sedang dalam pembinaan dan dikendalikan oleh pihak JKR Melaka.

Majlis Anugerah Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Terbaik Kali Ke-8

KUALA LUMPUR – YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, hari ini menyempurnakan Majlis Anugerah Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Terbaik Kali Ke-8 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

SESI TAKLIMAT DAN PENANDATANGAN DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KEMENTERIAN INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN PELABUHAN (MIPD) SARAWAK

KUCHING – Sesi Penandatangan Deklarasi Data Aset Jalan telah diadakan antara YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan YBhg. Datu Chiew Chee Yau, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak.

Sesi ini telah berlangsung di Bangunan Baitulmakmur 1, Level 5, Petra Jaya, Kuching. Taklimat inisiatif dilakukan oleh Cik Masdara Siregar binti Mohd Samsir, Timbalan Setiausaha Bahagian (A), Bahagian Dasar Dan Antarabangsa, KKR.

LAWATAN DELEGASI KEMENTERIAN EKONOMI DAN KEWANGAN KEMBOJA KE KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah menerima kunjungan lawatan daripada delegasi Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kemboja sempena pelaksanaan Study Visit to Ministry of Works yang berlangsung selama dua hari bermula 16 hingga 17 Disember 2025.

MAJLIS PERASMIAN “FLAG OFF” CIDB HALF MARATHON 2025

PUTRAJAYA – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia melalui Kelab CIDB Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya hari ini telah menganjurkan CIDB Half Marathon 2025 bertempat di Dataran Putrajaya, sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penggiat industri pembinaan.

Subscribe to