Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA CIDB E-CONSTRUCT SERVICES DAN AUTODESK

KUALA LUMPUR – YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui anak syarikatnya, CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd. (CIDB EC), dengan Autodesk Asia Pte. Ltd.

MoU ini bertujuan menerokai dan memperkasa kerjasama dalam bidang Permodelan Maklumat Bangunan (BIM), Common Data Environment (CDE) serta teknologi berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyokong pendigitalan industri pembinaan negara.

TURUN PADANG KSU KE JAMBATAN ROSAK PERSIMPANGAN PERLING

JOHOR BAHRU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi kerosakan jambatan di Persimpangan Perling Seksyen 2.0, Lebuhraya Pasir Gudang, iaitu Laluan Persekutuan FT17 di Johor Bahru. Lawatan ini bertujuan menilai sendiri tahap kerosakan struktur serta implikasinya terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik di laluan strategik berkenaan.

TURUN PADANG KSU KE RUMAH SERI KENANGAN, JOHOR

JOHOR BAHRU - Lokasi terakhir bagi lawatan kerja rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU), YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim ke Negeri Johor adalah tapak projek menaiktaraf Rumah Seri Kenangan Johor. Lawatan ini bertujuan menilai sendiri status kemajuan projek serta memastikan pelaksanaannya menepati skop, kualiti dan garis masa yang telah ditetapkan demi kesejahteraan penghuni fasiliti tersebut.

LAWATAN KSU KE MYBIM CENTRE, CIDB NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU — Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke myBIM Centre, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Johor bagi meninjau kemudahan dan pelaksanaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Lawatan ini turut disertai oleh delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, YBrs. Ir. Zainal Tumian, bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.

TURUN PADANG YBTM KE PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH FASA 1B

KINABATANGAN – YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya memulakan Program Turun Padang (TURPA) pertama 2026 dengan meninjau pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B ini melibatkan dua pakej kerja utama iaitu:

• Pakej Kerja 25 (WP25) – Projek Menaik Taraf Jalan dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau sepanjang 14.97 kilometer; dan

• Pakej Kerja 26 (WP26) – Projek Menaik Taraf Jalan dari Sukau ke Kampung  Lot M sepanjang 18 kilometer.

TURUN PADANG KSU KE LOKASI CADANGAN BIM JKR JOHOR

GELANG PATAH - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Johor hari ini sebagai sebahagian daripada usaha kementerian memperkukuh tadbir urus serta mempertingkatkan keupayaan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, YBrs. Tuan Ir. Zainal Tumian.

AMANAT TAHUN BAHARU KEMENTERIAN KERJA RAYA 2026

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah mengadakan Perhimpunan Bulanan KKR Januari 2026 bersempena Sambutan Tahun Baharu bertemakan “Rancakkan MADANI: Data Tepat, Destinasi Hebat – Pemacu Malaysia MADANI” di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan bersama Bahagian Akaun KKR.

Subscribe to