Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK MEMBINA MAKMAL UJIAN DAN BANGUNAN KOMPLEKS MIROS

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Membina Makmal Ujian dan Bangunan Kompleks MIROS, sebuah projek strategik di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

MAJLIS PENYERAHAN PEMBINAAN SEKOLAH BAHARU PUTRAJAYA PRESINT 8(3)

PUTRAJAYA – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, telah merasmikan Majlis Penyerahan Pembinaan Sekolah Baharu 36 Bilik Darjah Dan Lain-lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3).

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA CIDB E-CONSTRUCT SERVICES DAN AUTODESK

KUALA LUMPUR – YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui anak syarikatnya, CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd. (CIDB EC), dengan Autodesk Asia Pte. Ltd.

MoU ini bertujuan menerokai dan memperkasa kerjasama dalam bidang Permodelan Maklumat Bangunan (BIM), Common Data Environment (CDE) serta teknologi berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyokong pendigitalan industri pembinaan negara.

TURUN PADANG KSU KE JAMBATAN ROSAK PERSIMPANGAN PERLING

JOHOR BAHRU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi kerosakan jambatan di Persimpangan Perling Seksyen 2.0, Lebuhraya Pasir Gudang, iaitu Laluan Persekutuan FT17 di Johor Bahru. Lawatan ini bertujuan menilai sendiri tahap kerosakan struktur serta implikasinya terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik di laluan strategik berkenaan.

TURUN PADANG KSU KE RUMAH SERI KENANGAN, JOHOR

JOHOR BAHRU - Lokasi terakhir bagi lawatan kerja rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU), YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim ke Negeri Johor adalah tapak projek menaiktaraf Rumah Seri Kenangan Johor. Lawatan ini bertujuan menilai sendiri status kemajuan projek serta memastikan pelaksanaannya menepati skop, kualiti dan garis masa yang telah ditetapkan demi kesejahteraan penghuni fasiliti tersebut.

LAWATAN KSU KE MYBIM CENTRE, CIDB NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU — Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke myBIM Centre, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Johor bagi meninjau kemudahan dan pelaksanaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Lawatan ini turut disertai oleh delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, YBrs. Ir. Zainal Tumian, bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.

Subscribe to