Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
CIDB Dan MRT CORP Bekerjasama Tingkatkan Kualiti Dan Produktiviti Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2022 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) hari ini ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan. MoU ini merangkumi tiga aspek utama, iaitu Pembangunan Modal Insan, Kaedah dan Teknologi Pembinaan, dan Sistem Penilaian Kualiti, Keselamatan dan Kemampanan.

Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 (Hari Ketiga)

KLUANG, JOHOR, 20 OGOS 2022 – Penutup bagi siri Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan ahli jelajah telah meneruskan perjalanan bagi tinjauan projek cadangan menaik taraf jalan di Jalan Persekutuan FT050 dari Ayer Hitam ke Kluang di Seksyen 33.8 hingga ke persimpangan stadium Kluang di Seksyen 49.1.

Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan (Hari Kedua)

KOTA TINGGI, JOHOR, 19 OGOS 2022 – Hari kedua Jelajah FTRoadpedia Selatan 2.0 yang diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof diteruskan dengan tinjauan ke lokasi yang menerima jumlah aduan yang tinggi daripada pengguna jalan raya. Lokasi tersebut adalah di beberapa seksyen Jalan Persekutuan FT003. Laluan FT003 bagi negeri Johor merupakan Jalan Persekutuan sepanjang 169.95 KM bermula dari daerah Mersing sehingga daerah Johor Bahru.

Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 (Hari Pertama)

TEMERLOH, PAHANG, 18 OGOS 2022 - Jelajah FTRoadpedia meneruskan misi tinjauan infrastruktur Keluarga Malaysia dengan siri jelajah kali kedua di Zon Selatan. FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2022 diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof. Jelajah ini akan menelusuri tiga buah negeri iaitu negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Jelajah Ftroadpedia Zon Timur 3.0 (Hari Ketiga)

KINTA, PERAK, 13 OGOS 2022 – Hari ketiga FTRoadpedia Zon Timur 3.0 diteruskan dengan tinjauan di Jalan Simpang Pulai – Blue Valley di daerah Kinta, Perak iaitu laluan ke lokasi pelancongan, Cameron Highland, Pahang. Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dibawa meninjau lokasi pembaikan cerun di Seksyen 44 di laluan berkenaan.

Jelajah Ftroadpedia Zon Timur 3.0 (Hari Kedua)

KOTA BHARU, KELANTAN, 12 OGOS 2022 – Hari kedua Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 diteruskan dengan memberi fokus kepada tinjauan pembangunan projek infrastruktur di laluan Persekutuan, negeri Kelantan. Lokasi pertama adalah tinjauan projek Membina Flyover dari arah Kota Bharu merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

Jelajah Ftroadpedia Zon Timur 3.0 (Hari Pertama)

RAUB, PAHANG, 11 OGOS 2022 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah mengetuai Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos 2022 menelusuri tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perak.

Pembukaan Seksyen Pujut Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

MIRI, 7 OGOS 2022 – Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 786 kilometer (km) merentasi bahagian utara Sarawak hampir siap sepenuhnya. Hari ini satu lagi seksyen di bawah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu Seksyen Pujut dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Acara ini juga merupakan sebahagian program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Sarawak.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak Memanfaatkan 98 Ribu Keluarga Malaysia

KUCHING, 5 OGOS 2022 – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) meneruskan siri jelajahnya ke Negeri Sarawak yang merupakan edisi ketujuh selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak dan Kelantan. Kementerian Kerja Raya merupakan kementerian peneraju bersama-sama Pejabat Premier Sarawak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Lembaga Jurutera Malaysia Melebarkan Sayap Ke Sarawak Selepas 50 Tahun Memartabatkan Profesion Kejuruteraan

KUCHING, 30 JULAI 2022 -  Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah merasmikan bangunan pejabat Sekretariat Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di Jabatan Kerja Raya, Kuching, Sarawak pada hari ini.

Pembukaan pejabat sekretariat LJM di Sarawak dengan peruntukan kos sebanyak RM70,000.00 ini membolehkan LJM menjalankan fungsinya dengan lebih efisien serta menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan kemudahan yang lebih efektif kepada fraterniti kejuruteraan serta orang awam di Sarawak.

Subscribe to