KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2022 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) hari ini ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan. MoU ini merangkumi tiga aspek utama, iaitu Pembangunan Modal Insan, Kaedah dan Teknologi Pembinaan, dan Sistem Penilaian Kualiti, Keselamatan dan Kemampanan.