Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
5 Syarikat Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Menerima Anugerah Pengurusan Dan Penyenggaraan Terbaik BGP 2021

KUCHING, SARAWAK, 22 NOVEMBER 2022 – Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku agensi teknikal yang mengawalselia dan memantau kontrak perkhidmatan penyenggaraan di Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) seluruh negara telah menganjurkan Anugerah Pengurusan dan Penyenggaraan Terbaik BGP 2021 buat kali yang ke-5.

Pembukaan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo

SELANGAU, SIBU, 14 NOVEMBER 2022 – Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang lebih 786 kilometer (km) merentasi Pulau Borneo hampir siap sepenuhnya. Hari ini satu lagi seksyen di bawah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu Seksyen Selangau sepanjang 27 km dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

Hari Integriti 2022 KKR Dan Agensi

BANGI, 10 NOVEMBER 2022 - Majlis Sambutan Hari Integriti 2022 peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat umum tentang pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai murni dan integriti secara berterusan serta bebas daripada amalan rasuah.

1st International Building Surveying Conference (IBSC 2022)

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2022 – Persidangan 1st International Building Surveying Conference (IBSC) 2022 telah menghimpunkan pembentang kertas kerja dan pengamal bidang Ukur Bangunan dalam dan luar negara selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 November 2022 bertempat di Hotel Pullman, Bangsar.

Acara Larian ‘Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run 2022’ Mencipta Nama Dalam Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2022 – Acara larian ‘Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run 2022’ merupakan siri pertama bagi larian dalam terowong pada waktu malam yang telah menarik minat para peserta dalam negara dan antarabangsa. Acara larian ini telah dirasmikan oleh Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia di Plaza Tol Kota Damansara, Lebuhraya DASH dan dihadiri oleh wakil Malaysia Book of Records (MBOR).

Pembukaan Jalan Kuala Terengganu Bypass, Terengganu Dan Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima (SST)

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 1 NOVEMBER 2022 – Perasmian pembukaan Jalan Pintas Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Bypass) di Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.

Hari Inovasi KKR Meraikan Semangat Inovatif Warga Kerja Raya

ALOR GAJAH, MELAKA, 31 OKTOBER 2022 - Majlis Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya dan Agensi bagi Tahun 2022 berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan perasmiannya disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia.

Lebih 170 Jawatan Menanti Graduan ABM Dan CIDB Tech Sabah

SABAH 22 OKTOBER 2022 – Lebih 170 jawatan sedia ditawarkan kepada graduan ABM dan CIDB Tech Sabah oleh tujuh majikan di dalam bidang yang dikategorikan berimpak tinggi iaitu Pemasangan Perancah, Perpaipan Gas, Operasi Kren, Elektrikal, Penyaman Udara dan Kimpalan.

Tujuh syarikat berkenaan adalah Full Star Constructions Sdn Bhd, Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd, Cahaya Dedikasi Sdn Bhd, J.S Usaha Sdn Bhd, SM Electrical Work, RM Leopad Sdn Bhd dan Kejuruteraan Stimdang Sdn Bhd yang merupakan syarikat tempatan.

CIDB Raikan Pencapaian Cemerlang Dalam Keselamatan & Kesihatan, Kemampanan Alam Sekitar Dan Kualiti

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2022 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini meraikan penggiat industri yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di dalam keselamatan dan kesihatan, kemampanan alam sekitar dan kualiti dalam sektor pembinaan sempena Hari Safety and Health, Environment and Quality (SHEQ) 2022.

Subscribe to