Kuala Langat, 8 Jun 2024 - Hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad hadir ke Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.
Kuala Langat, 8 Jun 2024 - Hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad hadir ke Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.
Labuan, 7 Jun 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad telah menyaksikan penyerahan projek Kementerian pelanggan di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berjaya disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan selaku agensi pelaksana.
Labuan, 7 Jun 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj Ahmad telah mengambil peluang turun padang meninjau kemajuan bagi kerja-kerja yang sedang dijalankan dalam menaik taraf Simpang 3, Jalan Mohammed Salleh – Jalan Penghulu Tuah, WP Labuan.
Labuan, 7 Jun 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah menyaksikan penyerahan Projek Pembinaan Infrastruktur untuk Perpindahan Skuadron Hawk Ke Pangkalan Udara TUDM Labuan milik Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
Projek yang bernilai RM19.2 juta telah siap sepenuhnya pada 15 Mac 2024. Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad.
Singapura, 5 Jun 2024 - Penghormatan yang diberi kepada YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi untuk mengetuai delegasi Malaysia di Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS) dan Forum Infrastruktur Asia 2024 (AIF), telah digunakan sebaiknya apabila Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Kementerian Pembangunan Negara Singapura telah mengadakan perbincangan melalui mesyuarat dua hala yang diketuai oleh beliau dan Menteri Pembangunan Negara Singapura (MND), Tuan Desmond Lee di republik itu hari ini.
Putrajaya, 06 Jun 2024 - Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini melakukan penyerahan projek siap kepada Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mewakili Kementerian Pelanggan yang memiliki projek tersebut. Projek yang telah disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya selaku penyelia projek itu ialah pembinaan Jalan Susur Bertingkat sepanjang 300 meter dengan piawaian U5 dari Jalan P15H, Presint 15 ke Persiaran Timur.
Hulu Langat, Selangor, 19 Mei 2024 – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor. Tinjauan ini meliputi juga projek pembinaan Jejambat yang merentasi persimpangan Batu 9 Cheras tersebut.
Langkawi, 20 Mei 2024 - Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia hari ini telah menyaksikan proses Cabutan Undi bagi Tawaran Kerja Pelaksanaan dan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia yang merupakan sebahagian dari Inisiatif Bajet 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1 hingga G4.
Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia hari ini telah menyaksikan seterusnya membuat cabutan undi bagi Zon Tengah/Timur bagi Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan dengan Memanfaatkan Kontraktor Gred G1–G4 bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 2024 yang melibatkan Negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Sibu, Sarawak, 24 Mei 2024 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia bersama-sama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan, YBhg. Dato' Zahrul Hakim Abdullah hari ini telah membuat cabutan undi bagi Tawaran Kerja Pelaksanaan an Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak yang merupakan sebahagian dari Inisiatif Bajet 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1 hingga G4 di seluruh Malaysia.