Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Projek Pembaikan Cerun dan Membaik Pulih Jalan Persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley Daerah Kinta, Perak

Simpang Pulai, 11 Oktober 2024 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja bagi Projek Pembaikan Cerun dan Membaik Pulih jalan persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley Daerah Kinta, Perak.

Dua Buah Fasiliti Pendidikan Dinaiktaraf Menggantikan Dua Sekolah Yang Telah Usang Dan Daif

Kuching, 11 Oktober 2024 - Hari ini telah berlangsung sesi penyerahan dua (2) buah projek milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah berjaya disiapkan oleh Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) selaku agensi pelaksana bagi projek ini. Majlis Penyerahan ini telah disaksikan bersama oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan YBhg.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Ke Menara Merdeka 118

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2024 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan bersama warga Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya mengadakan lawatan kerja ke Menara Merdeka 118. Ini kerana Menara Merdeka 118 di angkat sebagai projek contoh dan baik serta pelaksanaannya dengan menggunakan konsep Building Information Modelling (BIM).

Hari Bertemu Pelanggan JKR Labuan

Labuan, 05 Oktober 2024 - Jabatan Kerja Raya Labuan (JKR) hari ini menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan JKR Labuan. Program ini berlangsung di Dewan Sri Labuan, JKR Labuan dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Sebagai tuan rumah, YBrs. Ir. Haji Mohd Faizul bin Ali Hanapiah telah hadir memberikan ucaptama dan Pengarah Cawangan Dasar Pengurusan Korporat JKR, Dato’ Ir Haji Masri Baharuddin juga turut hadir merasmikan program ini.

 

Subscribe to