Kuala Lumpur, 6 November 2024 - Hari ini Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir merasmikan Majlis Hari Integriti Peringkat KKR 2024 yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.
Kuala Lumpur, 6 November 2024 - Hari ini Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir merasmikan Majlis Hari Integriti Peringkat KKR 2024 yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.
Kuala Lumpur, 05 November 2024 – Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), JKR, LLM, dan CIDB Malaysia menganjurkan Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia (MRC) 2024 yang berlangsung dari 5-7 November 2024 di WTC Kuala Lumpur.
Bertemakan “Driving Innovation for Better Roads,” MRC 2024 menjadi platform utama untuk berkongsi idea, penyelidikan, dan teknologi terkini dalam kejuruteraan jalan.
Kuala Lumpur, 04 November 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi sebentar tadi bersiaran secara langsung dalam segmen Bekpes Hot! bersama dengan penyampai-penyampai Hot FM iaitu KJ, AG, Farah Fauzana dan Johan di Studio Hot FM yang bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama.
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2024 – Telah berlangsung The International Construction Week (ICW) & BuildXpo 2024 di MITEC, Kuala Lumpur dan Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah hadir merasmikan majlis tersebut. Turut hadir bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim; Pengerusi CIDB, Ir. Yusuf Abd. Wahab, Ketua Eksekutif CIDB, Dato' Sr. Mohd Zaid Zakaria, dan Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia, Richard Teo.
Miri, 20 Oktober 2024 - Hari ini YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menyaksikan penyerahan projek pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri, Sarawak kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) selaku pemilik projek.
Ampang, 16 Oktober 2024 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan E6 / Jalan Serdang, Taman Melawati, Ampang, Selangor. Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati ini melibatkan kawasan penyenggaraan jalan dan perparitan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), manakala kawasan cerun runtuh adalah merupakan milik pemaju. Sebanyak empat (4) buah rumah telah terjejas dan terhalang oleh sisa runtuhan akibat kejadian ini.
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2024 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melalui anak syarikatknya CIDB Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY, sebuah inisiatif bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industri pembinaan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Lojing, Kelantan, 12 Oktober 2024 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya meninjau hasil produk inovasi turapan permukaan jalan yang digunakan di Jalan Persekutuan FT185, Jalan Simpang Pulai, Perak ke Lojing, Kelantan berhadapan Masjid Long Tan, Lojing. Produk inovasi ini ialah Stone Mastic Asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen terubah suai gred PG76 dengan campuran plastik terpakai yang dikenali sebagai SMA20 - Plastic Modified Binder.