LANGKAWI, 16 JANUARI 2025 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan turun padang meninjau status kemajuan dua projek milik Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha dan Pembinaan Kuarters KKM, kedua-duanya terletak di Pulau Langkawi.