Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KKR TERUSKAN KOMITMEN PENYENGGARAAN CERUN 2025 DEMI KELANGSUNGAN JARINGAN PERHUBUNGAN JALAN RAYA

KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2025 - Kementerian Kerja Raya (KKR) prihatin dan komited menguruskan secara mapan cerun-cerun di sepanjang Jalan Persekutuan bagi meminimumkan risiko kejadian cerun runtuh pada setiap kali monsun melanda. KKR sedar penutupan jalan yang kerap akibat kejadian cerun runtuh juga menyusahkan rakyat serta boleh menjejaskan aktiviti ekonomi dan perniagaan. 

CIDB PERKENAL FASILITI PENGUJIAN INFRASTRUKTUR REL DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2025 - Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM), yang diuruskan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), sebuah institut dibawah CIDB Malaysia, kini dilengkapi dengan fasiliti untuk menjalankan ujian penuh produk Railway Sleepers dan Railway Bearers yang digunakan dalam industri pembinaan rel di Malaysia.

PEMBUKAAN SEKSYEN 2 LEBUHRAYA PESISIRAN PANTAI BARAT (WCE) MEMUDAHKAN PENDUDUK BANTING KE SHAH ALAM, PUTRAJAYA DAN KLIA

SHAH ALAM, 21JANUARI 2025 –  Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE dibuka kepada pengguna lebuh raya bermula Rabu, 22 Januari 2025 jam 12:01 tengah malam. 

Subscribe to