SERTIK, PAHANG - Seawal bening pagi Datuk Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berangkat dari kediaman beliau menuju Sertik, Pahang.
Turut bersama team beliau ialah team dari Bahagian Perancang Jalan, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan KKR dan Cawangan Kerja Jalan, Jabatan Kerja Raya.
Tujuannya SATU. Melihat dan memantau sendiri kemajuan pelaksanaan projek pembinaan lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU). Tempat persinggahan pertama ialah Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur LPT (CH 0 - CH. 8050), Pahang.