Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
SESI SOAL JAWAB DI PARLIMEN OLEH YBTM

KUALA LUMPUR - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di Dewan Rakyat menjawab soalan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkenaan soalan status permohonan pembesaran jalan raya daripada jalan dua lorong kepada empat lorong dua hala dari checkpoint Tawau-Semporna di bawah Rancangan Malaysia Ke- 13.

 

SESI KAMAR KHAS DEWAN RAKYAT DI PARLIMEN OLEH YBTM

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.

Beliau menjawab beberapa soalan yang diusulkan oleh YB. Tuan Haji Mohd Hasnizan Harun, Ahli Parlimen Hulu Selangor melibatkan beberapa isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya khususnya.

SESI LIBAT URUS PASCA MESYUARAT JEMAAH MENTERI MENGENAI RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS OLEH KEMENTERIAN EKONOMI (KE) BERSAMA KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)

KUALA LUMPUR - Petang ini Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi mempengerusikan Sesi Libat Urus Pasca Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas oleh Kementerian Ekonomi (KE) bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

KERAJAAN BINA KEDIAMAN MODEN UNTUK TENTERA DI TAWAU

TAWAU, SABAH – Kerajaan terus komited meningkatkan ekosistem pertahanan negara apabila YB Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia hari ini turun padang meninjau kemajuan Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Tambahan Pelbagai Kelas di Kem Kabota, Tawau yang kini sedang giat dilaksanakan.

TINJAUAN KEMAJUAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU 12 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SK KUNAK JAYA, KUNAK

KUNAK, SABAH – Kerajaan Persekutuan terus menunjukkan komitmen yang konsisten dalam memperkukuh ekosistem pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selamat dan selesa di Sabah apabila YB Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Hj Ahmad bin Hj Maslan hari ini turun padang meninjau kemajuan Projek Pembinaan Bangunan Baharu 12 Bilik Darjah dan kemudahan lain di Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak Jaya.

LAWATAN KERJA ke SK PEKAN LAHAD DATU, SABAH PROJEK GANTIAN 26 BILIK DARJAH, RUMAH GURU 4 UNIT DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN BERKAITAN

LAHAD DATU, SABAH – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hj. Maslan telah turun padang dalam rangka lawatan tiga hari di Negeri Sabah dengan program pertamanya meninjau kemajuan pelaksanaan projek Sekolah Daif Sabah (2020) di Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu, Sabah.

Subscribe to