Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MADANI BEKERJA - TURPA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN

KOTA SETAR -  YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hari ini turun padang mengadakan lawatan kerja ke kawasan daerah Kota Setar, Kedah.

Turut bersama-sama KSU KKR, Dato' Haji Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar dan YB Dato' Haji Mohamad Yusoff @Munir bin Zakaria, EXCO Keja Raya Negeri Kedah.

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) PROGRAM BLACKSPOT (FASA 1&2), LPKS DAN ARAHAN KERJA (AK) PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Blackspot (Fasa 1 dan 2), LPKS dan Arahan Kerja (AK) Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

MAJLIS PERASMIAN PROJEK SOLAR PERTAMA TERBESAR DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir ke Majlis Perasmian Sistem Solar Fotovolta Suria Kompleks Parlimen yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Tiga (3) Jenis teknologi solar panel telah digunakan iaitu Monocrystalline, Bifacial Monocrystalline dan Glass-to-Glass Bifacial Monocrystalline.

YBM TINJAU TAPAK PROJEK SOLAR DI PARLIMEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR -  YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya meluangkan masa untuk meninjau tapak projek solar di Parlimen Malaysia yang telah siap sepenuhnya.

Tapak projek solar ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdanan Menteri ll pada pada 24 Julai (Khamis) di bangunan Parlimen Malaysia.

TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA BERNAMA RADIO

KUALA LUMPUR - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hadir sesi Temu Bual Eksklusif bersama Bernama Radio. Antara topik menarik yang dibincangkan berkenaan ' Kualiti Jalan Raya : Sinergi Suara Pengguna.

YB Menteri juga meluangkan masa untuk melawat Bernama Mobile Studio dan beramah mesra bersama kakitangan media dari Bernama di pejabat Wisma Bernama, Kuala Lumpur.

YBM HADIR SESI PENGGULUNGAN PERBAHASAN LKAN 2 2025 DI PARLIMEN

KUALA LUMPUR - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari hadir di Dewan Rakyat, Parlimen untuk sesi penggulungan Perbahasan LKAN 2/25, Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen ke-15 untuk tahun 2025.

YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi juga mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan saranan audit yang telah dimuatkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara bil 2/2025. Kementerian Kerja Raya menyambut baik dan akan memperhalusi serta menambahbaik segala isu-isu yang dibangkitkan.

Subscribe to