Sistem amaran Smart dikaji
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengkaji smula mekanisme sistem amaran penutupan terowong Projek Pengurusan Air Banjir dan Terowong Jalan Raya (Smart) bagi membolehkan pengguna laluan berkenaan mendapat maklumat tepat dalam tempoh singkat.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas, berkata kajian semula dengan kerjasama Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan membolehkan penguna membuat keputusan segera menggunakan laluan alternatif sekali gus mengelak kesesakan teruk setiap kali terowong Smart ditutup selepas hujan lebat.