Pas minta penjelasan projek Istana Negara
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pas hari ini mengemukakan satu memorandum kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia meminta penjelasan mengenai pembinaan Istana Negara.
Ketua Penerangannya, Mahfuz Omar menyerahkan sendiri memorandum itu yang menurut beliau mempersoalkan ketelusan dan integriti dalam proses pembinaan projek itu.
Menurutnya, Pas bukan membantah pembinaan Istana Negara dan tidak mahu dilabel derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong tapi mempersoalkan cara pengurusan dan kewangan projek ini.