Sebulan untuk siasat kes runtuhan di Gerik
IPOH - Pasukan penyiasat dari beberapa jabatan dijangka mengambil masa sebulan melengkapkan laporan mereka berhubung kejadian bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di lereng bukit Tasik Banding, Gerik yang runtuh awal pagi Selasa lalu.
Pasukan itu akan dianggotai beberapa pegawai pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai dari Lembaga Jurutera Malaysia(LJM).