Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

CEO kontraktor jalan dipanggil beri keterangan

PUTRAJAYA 18 Jan.- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat kontraktor jalan akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Inkuiri berhubung satu kes kemalangan maut di Gurun, Kedah pada 8 Januari lalu dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, jawatankuasa diketuai Jabatan Kerja Raya (JKR) itu akan menentukan sama ada wujud kelemahan atau pelanggaran prosedur berkaitan keselamatan di lokasi kemalangan itu oleh syarikat terbabit.

Had laju jalan Persekutuan 80km sejam

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan buat sementara had laju di jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j berkuat kuasa 31 Januari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, penguatkuasaan had laju itu akan dilaksanakan sehingga 14 Februari depan bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.

Kata Samy, beliau telah menandatangani gazet berhubung peraturan sementara itu semalam selaras dengan Sub Seksyen 69 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sikap pemandu punca kesesakan di Jambatan Pulau Pinang

TERPERANGKAP dalam kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam lamanya bukan lagi perkara luar biasa bagi pengguna Jambatan Pulau Pinang yang sering berulang alik antara Seberang Perai dan bahagian pulau. 

Kerancakan aktiviti ekonomi di Pulau Pinang terutama di bahagian pulau menyebabkan lebih 120,000 kenderaan keluar masuk menggunakan jambatan itu setiap hari dan jumlah itu bertambah kepada 130,000 pada musim perayaan dan cuti sekolah. 

Had laju cuti Tahun Baru Cina 80km/j

Larangan sementara diwarta bagi kurangkan nahas 

KUALA LUMPUR: Had laju semua jalan Persekutuan dikurangkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j selama 15 hari sepanjang musim cuti perayaan Tahun Baru Cina mulai 31 Januari ini bagi mengurangkan kadar kemalangan. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata sehingga 14 Februari ini, had laju maksimum di jalan Persekutuan ditetapkan pada 80 km/j dan larangan sementara itu sudah diwartakan. 

Tol Lebuh Raya KL- Putrajaya berkuat kuasa

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Pengguna Lebuh Raya KL-Putrajaya kini perlu membayar tol di antara RM1.50 dan RM7.50 berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam satu kenyataan berkata, kadar tol tersebut telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini.

Lebuh raya sepanjang 26 kilometer yang mula dibina pada 2004 itu dibuka secara percuma untuk laluan kenderaan sejak 13 Disember lalu.

Secara keseluruhannya lebuh raya itu mempunyai lima persimpangan bertingkat dan dua plaza tol.

Putrajaya-KL toll start today

TOLL collection at the Kuala Lumpur-Putrajaya Highway started today, said Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu.

He said the Cabinet at its weekly meeting yesterday agreed that the charges at the Putrajaya toll Plaza woulf be RM2.50 for Class 1 Vehicles (cars),RM 5 for Class 2 (small lorries), RM1.30 for Class 4 (Taxi) and RM 2.50 for Class 5 (Buses).

Toll charges at the Salak Selatan toll plaza would be RM 1.50, for Class 1,RM 3 for Class 2, RM 4.50 for Class 3, RM0.80 for Class 4 and RM 1.50 for Class 5, he said in a statement. 

 

Laporan nahas tol Jelapang ke Kabinet 2 Januari

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap punca kemalangan nahas bas persiaran dan lori tangki di Plaza Tol Jelapang, Ipoh pada 11 Disember lalu, dan cadangan menambah baik aspek pemanduan, keselamatan jalan raya dan kenderaan akan dibentangkan kepada Kabinet pada 2 Januari depan. 

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy akan membentangkan laporan siasatan terperinci berkaitan punca tragedi itu kepada Kabinet. 

Diskaun 10 % Touch 'n Go, Smart Tag

Muar 26 Dis- Rangkaian Segar Sdn. Bhd, Pengeluar kad Touch 'n Go dan Smart Tag, dengan kerjasama semua syarikat konsesi lebuh raya di negara ini menawarkan diskaun khas 10 peratus dan beberapa kemudahan lain kepada pembeli dua jenis kad itu mulai 1 Februari depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu ketika mengumumkan tawaran itu memberitahu mereka yang membeli kad Smart Tag mulai  Tarikh itu hanya perlu membayar RM 90 berbanding harga sekarang iaitu RM 100.

Lencongan sementara di LEKAS

KUALA LUMPUR- Lebuh raya Kajang- Seremban Sdn Bhd. (LEKAS) akan membuat satu lencongan trafik sementara di Jalan Semenyih-Bangi Lama selepas lima hari bermula 27 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS, Neoh Soon Hiong berkata, kerja-kerja membuat lencongan itu bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

"Lebuh raya ini juga akan dinaik taraf termasuk kerja pemasangan rasuk jambatan dan paip pembentungan supaya dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya kelak," katanya pada satu kenyataan media di sini semalam.

Subscribe to