Kemelut jalan Bandar Mahkota Cheras belum selesai
KAJANG - Harapan penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) untuk mengetahui keputusan status tanah di mana pengadang jalan diletakkan oleh Gran Saga Sdn. Bhd. Sejak 2005 tidak kesampaian apabila keputusan juru profesional yang dibentangkan petang semalam tidak lengkap.
Juru ukur yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)itu memberikan alas an tempoh masa yang diberikan kepadanya tidak mencukupi untuk mendapatkan maklumat lengkap dari Grand Saga Sdn. Bhd., Pejabat Tanah, Pemaju iaitu Nara Jaya dan Pihak-pihak lain.