Kerja baik pulih bocor 7 minggu
KUALA LUMPUR 8 Mei-Kerja kerja membaik pulih kesemua 30 saluran air di bumbung bangunan Parlimen yang menyebabkan air mencurah-curah keluar daripada saluran pendingin hawa di laluan tepi Dewan Rakyat berhadapan dengan bilik Yang Dipertua semalam akan disiapkan dalam tempoh tujuh minggu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamad berkata, kerja-kerja membaik pulih hanya boleh dilakukan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu ketika Parlimen tidak bersidang.