Penunggang motosikal boleh guna lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya
KUALA LUMPUR 5 Jun - Penunggang motosikal kini dibenar menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuat kuasa semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed dalam satu kenyataan di sini berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan pengguna lebuh raya terutama para penunggang motosikal.
Beliau berkata, tindakan itu secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.