Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Smart ditutup

KUALA LUMPUR: Terowong Smart di sini, akan ditutup kepada lalu lintas mulai jam 11 malam esok sehingga 6 pagi keesokan harinya.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam kenyataannya semalam berkata, penutupan itu untuk membolehkan pemeriksaan sistem terowong berkala dilakukan.

Pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

 

 

Halt roadwork's from Sept 29

SHSH ALAM: Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed said yesterday that all road maintenance and construction work, especially along federal roads, must stop temporarily from Sept 29.

This was to avoid traffic congestion ahead of Hari Raya, he said at the breaking of fast at his residence here.

He also gave aid to 100 orphans and 30 single mothers.

"I don't want to see steamrollers or bitumen scrapers by the roadsides during the period," he said and added that the stop-work order would take affect until Oct 10.

RMK-9: Kementerian Kerja Raya belanja RM13.4b

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kementerian Kerja Raya membelanjakan RM13.4 bilion daripada RM20.37 bilion yang diperuntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menterinya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed memberitahu, jumlah yang dibelanjakan itu merupakan 65.80 peratus daripada keseluruhan peruntukan.

''Bagi prestasi projek, daripada 512 projek yang dirancang oleh kementerian dalam RMK-9 sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 209 projek sudah disiapkan.

Tidak Dilupakan

Seramai 13 orang ibu tunggal dan beberapa orang saudara baru diraikan dalam malis berbuka puasa anjuran Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur, kelmarin.

Pada majlis tersebut, golongan yang diraikan itu turut menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Prof. Ir Dr. Judin Abdul dan kira-kira 150 kakitangan kementerian

 

New toll plaza in Ipoh opens tomorrow

IPOH: Effective 5pm tomorrow, motorists traveling from here or the north to Kuala Lumpur can collect their transit tickets at the new south-bound Ipoh Selatan toll plaza.

Plus Expressways Bhd chief operating officer Nik Arina Nik Jaffar said the new toll plaza, located about 200m north of the existing one, was built to ensure a safer and more convenient journey along the Ipoh Selatan-Jelapang stretch.

"South-bound highway users will be diverted at the 276.2 kilometer of the North-South Expressway to a local road," she said in statement.

Plus keluar jadual perjalanan pulang

3 peringkat bermula Sabtu elak lebuh raya sesak sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Plus Expressways Berhad (Plus) semalam mengeluarkan jadual perjalanan sempena Aidilfitri membabitkan tiga peringkat bermula Sabtu ini bagi mengelak kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan. 

Jadual perjalanan itu disarankan pelaksanaannya sepanjang lima hari waktu puncak warga kota menggunakan lebuh raya berkenaan iaitu mulai Sabtu dan Ahad ini, 30 September (sehari sebelum Aidilfitri), serta 4 dan 5 Oktober ini bagi perjalanan pulang ke ibu kota. 

PLUS teruskan TTA elak kesesakan

KUALA LUMPUR - PLUS Expressway Berhad (PLUS) akan meneruskan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) seperti yang dilaksanakan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

Melalui kaedah itu yang diamalkan sejak tahun lalu, lebih 60 peratus pengguna jalan raya telah mengikuti waktu yang disarankan dan perjalanan trafik didapati lancar tanpa melibatkan kesesakan jalan raya yang ketara.

NKVE dibuka semula untuk laluan

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Lebuh raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kini membuka semula lencongan dari Jalan Duta yang menggunakan Lebuh Lembah Kelang Baru (NKVE) menghala ke Jalan Ipoh bermula 26 September ini.

Pegawai Perhubungan Awam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd (Kesturi), Raja Azizan Shah Raya Mohamad  berkata, pembukaan laluan itu bermula seawall jam 1 pagi.

"Oleh itu, orang awam boleh menggunakan laluan itu dan mengabaikan lencongan sebelum ini kerana kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut telah selesai.

Setahun tol percuma kepada pengguna bertuah

KUALA LUMPUR 25 SEPT. - Seramai 10 pengguna kad Touch n Go lebuh raya PLUS yang menambah nilai minimum RM50 pada kad Touch n Go mereka hari ini sehingga 15 Oktober, Berpeluang memenangi tol percuma selama setahun bernilai RM2,000 setiap seorang.

Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways Bhd, Nik Airina Nik Jaffar berkata, seramai 150 pemenang sagu hati pula akan menerima kad Touch n Go bernilai RM100 setiap seorang.

"Nama pemenang peraduan akan diumumkan dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan," katanya di Majlis Pelancaran Peraduan 'Jom Balik Kampung' di sini hari ini.

Lekas bukan sekadar lebuh raya

SEMENYIH - Pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dilihat bukan sahaja memberi pilihan kepada pengguna tetapi juga mampu memberikan nikmat kepada penduduk di 10 buah kampung di sekitarnya.

Ini kerana Lekas selain memberikan manfaat kepada pengguna lalu lintas yang sentiasa ulang alik dari Kuala Lumpur ke Seremban tanpa `terperangkap? dalam kesesakan jalan raya.

Ia juga menjadi `batu loncatan' kepada proses pembangunan di kawasan itu seterusnya memudahkan pengguna sempena musim cuti perayaan seperti Aidilfitri ini.

Subscribe to