Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Susur keluar Semenyih Lebuhraya Lekas ditutup dua hari

KUALA LUMPUR - Jalan susur keluar di KM 1.4 dari arah Kuala Lumpur ke Semenyih Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) ditutup selama dua hari mula semalam.

Pehak pengurusan Lekas Sdn. Bhd dalam kenyataan semalam berkata, penutupan itu adakah bagi Kerja-kerja penyelengaraan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di kawasan berkenaan.

Pengguna lebuh raya itu dinasihati supaya berhati-hati dan mematuhi arahan lalu lintas yang disediakan serta menghubungi talian infoline Lekas di Talian 1-800-888-021 untuk sebarang pertanyaan.

Kementerian utama sistem pasang siap

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya menggalakkan semula pendekatan pembinaan berasaskan Sistem Binaan Industri (IBS) sekali gus mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing kepada hanya 15 peratus tahun depan. 

Menterinya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata ini akan dilakukan dengan menguatkuasakan penggunaan sistem berkenaan atau dikenali juga sebagai sistem pembinaan pasang siap dalam pelaksanaan semua projek kendalian Jabatan Kerja Raya bernilai RM6.9 bilion. 

Road closure

PROJEK Lintasan Kota Holding Snd Bhd (Prolintas) has closed port of the lane at Federal Highway KM11, between Kuala Lumpur and Klang, for construction works. 

This road closure will be in effect until Dec 15, Prolintas said in a statement. 

For more information, call the toll-free hotline 1300 88 2801.

 

Resurfacing Works At Old Papar Road - Motorist Are Advised To Observe

Resurfacing works is underway along the Old Papar - Kota Kinabalu Road from Papar to Kinarut, which is approximately 20km.

The public using this stretch of road are strongly advised to take heed of all roads signs and adhere to all traffic management efforts, to avoid any untoward incidents,

These works, considered to be the biggest resurfacing project in 20 years will improve the bad road conditions and shows the Government's sincerity to bring about positive change to the infrastructure of  Sabah. 

Penyurapan Semula Jalan Papar Lama - Kota Kinabalu - Pengguna Jalan Memperhatikan Keselamatan Jalanraya

Kerja-kerja menyurap pulih sedang dijalankan di Jalan Papar Lama - Kota Kinabalu, dari Papar ke Kinarut, sepanjang 20 km.

Orang awam yang menggunakan jalan tersebut adalah dinasihatkan supaya memerhatikan semua tanda-tanda jalan dan mematuhi usaha-usaha pergurusan trafik, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Kerja-kerja ini adalah satu daripada projek-projek penyurapan jalan terbesar sejak 20 tahun dan ini akan memperbaiki keadaan jalan.  Ini menunjukkan keikhlasan kerajaan untuk membawa kesan-kesan positif kepada infrastruktur negeri Sabah.

404 projek guna IBS dilulus hingga 15 Oktober

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Kerajaan meluluskan sebanyak 404 projek menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan kos RM9.4 bilion sehingga 14 Oktober lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata, ia meliputi pelaksanaan projek pembangunan dan perumahan rakyat oleh agensi-agensi kerajaan seperti yang telah ditetapkan iaitu menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan IBS dalam projek-projek itu.

Projek IBS RM9.2b lulus

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan sebanyak 404 projek menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) bernilai RM9.2 bilion sehingga 14 Oktober lalu yang dijangka mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing pada masa depan. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata sebanyak 121 lagi projek menggunakan sistem berkenaan atau dikenali juga sebagai sistem pembinaan pasang siap, akan ditender bagi 2009 dan 2010. 

Percubaan sistem gantri di Plaza Tol Batu Tiga

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Sistem gantri untuk kenderaan tidak perlu berhenti ketika melalui palang elektronik plaza tol akan dilaksanakan sebagai percubaan selama setahun di Plaza Tol Batu Tiga, Lebuh Raya Persekutuan mulai hujung bulan ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sehubungan itu 1,000 pengguna tetap lebuh raya tersebut akan diberi kad pembayaran elektronik bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata, dalam tempoh itu, pengguna terbabit akan memberi maklum balas keberkesanan sistem gantri bagi memudahkan kerajaan memperluaskan pelaksanaannya. 

Batu Tiga perintis tol gantri akhir bulan

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong kurangkan kesesakan 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjadikan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam sebagai perintis kepada sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang dikenali sebagai sistem tol gantri untuk setahun bermula akhir bulan ini. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata melalui MLFF kesesakan teruk di plaza tol pada waktu puncak dapat dikurangkan kerana 2,000 kenderaan mampu melaluinya dalam sejam tanpa perlu memberhentikan kenderaan mereka. 

Manfaat IBS kepada industri pembinaan kita

LANGKAH kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya yang mahukan bangunan di negara ini dibina menggunakan kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) bertepatan pada masa ini.

Penggunaannya mampu menyelesaikan beberapa masalah iaitu mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang, meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam industri pembinaan.

Subscribe to