Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

CIDB unjur pendapatan RM140j

LEBUHRAYA Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) yang dikendalikan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi) akan dibuka kepada lalu-lintas bulan depan dengan anggaran 50,000 kenderaan menggunakannya pada tahun pertama operasi. 

Pembukaan awal lebuh raya sepanjang 18 kilometer dengan kos pembinaan RM890 juta itu bagaimanapun akan hanya membabitkan laluan Karak-Ulu Kelang sebelum laluan Duta-Sentul dibuka pada April depan. 

CIDB unjur pendapatan RM140j

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjangka meningkatkan pendapatan kepada kira-kira RM140 juta tahun depan daripada kira-kira RM130 juta tahun ini walaupun industri pembinaan dijangkakan berkembang agak lemah.

Pengerusinya, Tan Sri Jamilus Hussein, berkata sebagai agensi penyelaras bagi 63,000 syarikat terbabit dalam industri pembinaan, CIDB akan terus menumpukan kepada program membina kapasiti dan keupayaan walau dalam apa keadaan ekonomi sekali pun.

Industri pembinaan digesa guna sistem IBS

Industri pembinaan digesa guna sistem IBS

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) meminta semua pihak dalam industri pembinaan tempatan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) kerana sistem itu mampu menjimatkan 35 peratus daripada kos pembinaan dan menjimatkan masa sehingga 50 peratus.

Pengerusi CIDB Tan Sri Ir Jamilus Hussein berkata, bagi memastikan saranan itu berjaya, CIDB merancang mewujudkan pelan induk dalam tempoh terdekat bagi memastikan sistem itu yang mampu mengurangkan tenaga pekerja asing, dilaksanakan.

Lampu sedang dipasang- Grand Saga

KUALA LUMPUR- Tempat berteduh untuk penunggang motosikal di Lebuh Raya Cheras-Kajang dekat sini sedang dalam proses dipasang lampu.

Pengurus Besar Kanan Grand Saga Sdn Bhd, A Rajasolan berharap pengguna bersabar sehingga kerja-kerja pemasangan itu selesai dalam sedikit waktu lagi.

"Untuk makluman tempat berteduh motosikal hala ke Kuala Lumpur sedang dalam proses pemasangan lampu.

"Bagi tempat berteduh hala kajang pula, ia mempunyai lampu yang berfungsi tetapi malangnya pada 26 November lalu telah berlaku lebihan kuasa akibat petir yang kuat.

Lencongan Jalan Ipoh

KUALA LUMPUR - Lalu lintas di Jalan Ipoh bagi kedua-dua hala berhampiran Persimpangan Jalan Khalsa akan dilencongkan ke jalan alternatif bermula 11.50 malam ini sehingga 5 pagi hari ini.

Konsortium Lebuh raya Utara - Timur Sdn. Bhd., (Kasturi) dalam satu kenyataan hari ini berkata lencongan itu adalah bagi kerja-kerja permbinaan jejambat utama projek Lebuh raya Duta - Ulu Kelang (DUKE).

 

JKR sudah siapkan laporan status tanah

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan laporan status tanah di Bukit Antarabangsa dan diserahkan kepada Pegawai Daerah (DO) untuk dilanjutkan kepada kerajaan Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, laporan tersebut akan diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk diteliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, pihak Majlis Perbandaran Ampang jaya (MPAJ) melakukan pembersihan jalan sebanyak 40 trip lori bagi pembukaan jalan baru.

Ikram analisis secara kasar

KUALA LUMPUR: Pegawai Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) sudah melakukan analisis secara mata kasar di lokasi berlakunya pergerakan tanah di lereng bukit Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, petang semalam.

Empat pegawai Ikram dilihat tiba di kawasan berdekatan kediaman elit berkenaan jam 2.30 petang semalam.

Jurucakapnya ketika ditanya mengenai lawatan itu berkata, kajian mendalam mengenai tahap bahaya kecerunan di bukit kepada penduduk rumah berhampiran akan dijalankan minggu ini selepas analisis secara mata kasar semalam.

LLM kenal pasti 196 cerun bukit dikategori kritikal

Syarikat konsesi diarah pantau elak kejadian tanah runtuh

BUTTERWORTH: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenal pasti 196 cerun bukit yang dikategori sebagai kritikal dan perlu pemantauan rapi di sepanjang lebuh raya di negara ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 179 adalah di lebuh Raya Utara-Selatan dan 17 lagi di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dengan enam terletak di Kilometer 38.

Building industry told to cut down on foreign labour

SEBERANG PRAI: The building industry is too dependent on foreign workers, which may compromise the quality and productivity in the industry, said Public Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed.

He said there are 2.2 million foreign works in the country, of whom only 515,000 are registered.

"By the end of the year, about RM18 million in wages paid to foreign workers will have out of the country when these workers send their earnings back home," he said.

Sektor binaan tidak terjejas

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Sektor pembinaan negara diramalkan berjalan seperti biasa dan tidak menerima sebarang kesan ekoran kelembapan ekonomi global pada tahun depan.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB), Datuk Hamzah Hasan berkata, daripada trend dan rekod CIDB, statistik pembinaan tidak menunjukkan sebarang pengurangan.

''Justeru saya menjangkakan keadaan ini akan kekal pada tahun depan.

Subscribe to