Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Keputusan mansuh tol NPE Rabu

SEPANG 8 Feb. - Keputusan sama ada kerajaan bersetuju memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol PJS2, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Kuala Lumpur hanya akan diketahui selepas mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, beliau akan membentangkan permintaan penduduk untuk memansuhkan tol terbabit dalam mesyuarat itu untuk persetujuan jemaah menteri.

''Saya tidak boleh membelakangkan Kabinet, semua kena diluluskan melalui Kabinet.

CIDB mula latih tenaga kerja

KUALA TERENGANU 30 Jan- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mula melatih sebahagian daripada 100,000 tenaga kerja dalam usahanya mencapai sasaran melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran akhir tahun ini.

Ketua Eksekutifnya,, Datuk Ir. Hamzah Hassan, berkata, program latihan secara tersusun dan sistematik itu mampu membantu kerajaan menangani pelbagai isu termasuk pemberhentian pekerja berikutan kemelut ekonomi dunia.

Alat kesan gegaran tanah di Hillview

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 alat pengesan perubahan struktur tanah berteknologi fiber optik di tanam sekitar lereng bukit Taman Hillview, Ampang bagi memberi amaran awal jika berlaku tanah runtuh kepada penduduk kawasan perumahan berhampiran.

Ketua Pegawai eksekutif Photronix Technologies (M) Sdn Bhd, Mohd Izzuddin Ali, berkata dengan menggunakan alat extensometer itu,Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau sebarang perubahan struktur tanah menggunakan teknologi komunikasi tanpa  wayar setiap tiga jam dari ibu pejabatnya.

100,000 pekerja mahir guna IBS

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Kerajaan menyasarkan untuk melatih 100,000 tenaga mahir sepanjang tahun ini menerusi dasar menggalakkan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, usaha itu selari dengan hasrat kerajaan mengurangkan jumlah pekerja asing kepada 250,000 menjelang 2015. 

Katanya, penggunaan IBS atau kaedah pasang siap tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai, sebaliknya melibatkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

Plus to raise RM1bil

PETALING JAYA: Toll operator PLUS Expressways Bhd and its unit will raise about RM1bil this year by issuing Islamic papers to fund its expansion and re-finance loan.

The first trenched of its Sukuk papers for RM350mil was expected to be launched over the next three months and used mainly to re-finance its bridging loan, said Plus managing director Noorizan Abd Hamid.

?Liquidity is an issue but with lower interest rates, we are re-looking at the market. We will make sure we get the best rates.

Sistem Binaan Berindustri diperluas

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang terbukti mampu menjimatkan kos dan memendekkan tempoh binaan akan diperluaskan. Ini termasuk mewajibkannya dalam semua projek kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk menerima pakai IBS secara meluas. 

Sehingga 8 Januari lalu, 303 projek kerajaan bernilai RM9.2 bilion menggunakan sistem itu.

Menurutnya, Surat Pekeliling Bilangan 7/2008 yang diedarkan sebelum ini mewajibkan penggunaan 70 peratus kandungan IBS dalam semua projek kerajaan.

Missing link will cost RM2

Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) is said to help reduce traffic congestion by 30 per cent in Kuala Lumpur by dispersing traffic to the outskirts of the city via feeder roads like Jalan Kuching, Jalan Sentul, Jalan Semarak, Jalan Setiawangsa, Jalan 37/56 and Jalan Bandar Dalam. 

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi), the concessionaire of the expressway, was awarded the contract in 2004 for a period of 34 years. 

Lane on Penang Bridge opens

GEORGE TOWN : A stretch of the third lane on the Penang Bridge-from Km1 heading to the island and Km0.7 heading to Butterworth-has been completed and opened to traffic yesterday. Malaysian Highway Authority Director- General Datuk Mohd Razali Othmand said the entire third lane will be opened in stages. 

He hoped that the opening of this stretch will reduce traffic congestion, especially during peak hours. The expansion project was expected to be completed on schedule in August 

Jalan perlu dinaik taraf

KEMENTERIAN Kerjaraya ingin merujuk aduan menerusi SMS daripada ?Warga Felda Jengka 13? yang disiarkan akhbar ini, 26 Januari lalu.

Untuk makluman, pihak kementerian menjalankan siasatan di lokasi yang dimaksudkan.  Jalan berkenaan adalah Jalan Persekutuan dan didapati keadaan jalan itu perlu dinaik taraf.

Sehubungan itu, kementerian sudah memajukan laporan kepada pihak Unit Penyelarasan dan Penyelenggaraan Jalan, JKR Negeri Pahang untuk mengemukan anggaran kos bagi pembaikan jalan itu supaya dapat dilaksanakan dengan segera.
 

 

Subscribe to