Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Teknik IBS diterima pakai

KUALA LUMPUR-Kerajaan memutuskan menerima pakai teknik pembinaan Sistem Binaan Industri (IBS) dengan mewajibkan penggunaannya sehingga 70 peratus dalam semua projek kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi berkata, sehingga penghujung Februari lalu,320 projek kerajaan  yang menelan belanja RM9.43 bilion boleh dilaksanakan menggunakan teknologi IBS.

Kursus binaan bangunan di lima IKBN

Kursus binaan bangunan di lima IKBN

Minat dalam bidang pembinaan, tapi tidak tahu ke mana institusi yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran ?

Apa kata anda cuba mendaftarkan diri  Institut Kemahiran Belia Negara  Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lima IKBN iaitu IKBN Chembong, Negeri Sembilan, Bachok, Kelantan, Kinarut Sabah, Kuala Perlis, Perlis dan Wakaf Tapai, Terengganu menyediakan kursus kemahiran tersebut.

Apa yang perlu dilakukan hanya mengisi borong  permohonan dan bersedia untuk mengikuti kursus kemahiran.

Kenderaan berat lalu Bukit Putus

SEREMBAN- Kenderaan berat yang dilarang menggunakan Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, dekat sini akibat tebing runtuh berikutan hujan lebat sejak 2 Mac lalu, boleh melalui semula jalan itu mulai isnin lalu.

Pengarah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Dr Roslan Md Taha, berkata walaupun kerja membaiki runtuhan tebing di kilometer 14.7 belum siap sepenuhnya tetapi kajian mendapati ia selamat digunakan semua jenis kenderaan.

Tarik balik lesen x

<P>DENGKIL: Peniaga di kawasan Rawat dan Rehat (R&amp;R) lebuh raya yang 'mengalibabakan' lesen perniagaan kepada warga asing akan ditarik balik serta-merta, dalam usaha memastikan kawasan terbabit dikendalikan rakyat tempatan terutama masyarakat sekitar.</P>
<P>Tindakan sama juga akan dikenakan terhadap peniaga yang mengaji pekerja asing bagi memastikan pengendalian makanan dan minuman dilakukan mengikut piawaian ditetapkan menerusi kursus penilaian yang diwajibkan ke atas semua peniaga di kawasan R&amp;R.</P>

Tingkatkan penyelidikan dalam IBS

<P>KUALA LUMPUR 19 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu industri pembinaan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam Sistem Teknologi Berindustri (IBS) bagi membolehkan negara terus mengekalkan kedudukan di peringkat global.</P>
<P>Perdana Menteri menegaskan, inovasi dan penyelidikan di dalam IBS akan membantu pembekal perkhidmatan tempatan untuk terus menjadi pembekal terpilih di pasaran global.</P>

IBS mampu kurangkan pekerja asing

KUALA LUMPUR 19 Mac - Negara dijangka dapat mengurangkan jumlah pekerja asing sebanyak 50 peratus dalam industri pembinaan apabila Sistem Teknologi Berindustri (IBS) dilaksanakan sepenuhnya pada 2010.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kini terdapat 320,000 pekerja asing dalam industri pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

''Kontraktor dapat mengurangkan kos tenaga buruh dalam projek-projek pembinaan mereka antara 15 hingga 20 peratus apabila menggunakan sistem IBS,'' katanya.

Tol : Kerajaan peka keadaan rakyat

KUALA LUMPUR-  Langkah menangguhkan  kenaikan kadar lima Lebuh Raya yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini, membuktikan kerajaan memahami masalah rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi.

Pelbagai pihak yang dihubungi Berita Minggu juga berharap kerajaan mengkaji kadar kenaikan tol antara 0.68 sen sehingga 50 sen yang dianggap tinggi dan pada masa  sama, mahu kenaikan ekonomi stabil bagi mengurangkan beban rakyat.

Streetlights out at Duke Highway

THERE will be temporary disruption of street lighting along certain sections of the Duta-Ulu KelangExpressway (Duke) due to vandalism and theft. 

Highway concessionaire Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd said the affected routes are: 

 between 1.4km and 2km (west bound) after Jalan Kuching interchange heading towards Jalan Duta toll plaza (from NKVE) 

 at Karak interchange, between 1.1km towards 1.8km (towards Bandar Dalam exit)

 between 2.8km and 3.8km (north bound) towards Greenwood / Karak interchange

Tiga lokasi kritikal tanah runtuh

Seremban - Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti tiga lokasi kritikal yang diancam tanah runtuh di Jalan Bukit Putus - Kuala Pilah dengan kerja-kerja mengukuhkan cerun akan dijalankan selepas musim hujan sekarang berakhir.

Pengarahnya, Dr. Ir. Roslan Md. Taha memberitahu, tiga lokasi paling kritikal ialah di Kilometer (Km) 14, Km14.7 dan Km15.3 di jalan tersebut.

"Untuk kerja pembaikan ini, kami mencadangkan pembinaan tembok penghadang dengan pemasangan besi cerucuk.

Cerun runtuh Bukit Putus giat dibaiki

KUALA PILAH 3 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan syarikat konsesi Selia Selenggara Sdn. Bhd. kini bertungkus lumus memulihkan cerun yang runtuh akibat hujan lebat semalam di Kilometer 14.7 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, laluan itu kini hanya dibenarkan untuk kenderaan ringan selain bas penumpang yang berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah.

Subscribe to