Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MAJLIS PECAH TANAH PROJEK SAMBUNGAN LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE 2) TANDA KERJA PEMBINAAN DIMULAKAN

KUALA LUMPUR – Tengah hari tadi YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) menandakan permulaan pembinaan projek bernilai RM1.7 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh New Pantai Expressway Sdn. Bhd. (NPE), anak syarikat IJM Corporation Berhad, tanpa sebarang peruntukan kewangan daripada Kerajaan.

Hari Integriti Peringkat Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah mengadakan sambutan Hari Integriti Peringkat Kementerian Kerja Raya di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dan turut dihadiri oleh YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

MENTERI KERJA RAYA MENJAWAB SOALAN-SOALAN DI PARLIMEN

KUALA LUMPUR  – YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah menjawab dua soalan lisan berkaitan usaha penambahbaikan infrastruktur jalan raya semasa sesi Dewan Rakyat. Soalan tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Miri dan Ahli Parlimen Gua Musang.

Kementerian Kerja Raya terus komited memperkukuh rangkaian jalan raya negara bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan manfaat berterusan kepada rakyat.

Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur

PUNCAK ALAM  – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini menghadiri Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor, di Bandar Puncak Alam. Kehadiran YB Menteri mencerminkan komitmen Kementerian Kerja Raya dalam menyokong pembangunan infrastruktur negeri yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

KERAJAAN MADANI TERUS PRIHATIN TERHADAP KESELAMATAN CERUN DI PULAU PINANG

BALIK PULAU - Usai majlis di Seberang Perai Selatan, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, turut membuat tinjauan serta menyaksikan penyerahan Arahan Kerja pembaikan dua cerun kritikal di Jalan Balik Pulau – Teluk Bahang (FT006), Pulau Pinang yang terjejas akibat hujan lebat baru-baru ini.

Dengan peruntukan RM1.309 juta di bawah P27, kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh Pintas Utama Sdn. Bhd. menggunakan kaedah Tieback Wall, di bawah seliaan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), JKR Malaysia.

KERAJAAN TERUS KOMITED PERKUKUH INFRASTRUKTUR JALAN RAYA

SEBERANG PERAI SELATAN - Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Enam Projek Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Tapak Projek Jambatan Transkrian.

Majlis ini melibatkan enam projek utama dengan jumlah kos keseluruhan hampir RM322 juta, termasuk:

  • Projek menaik taraf Jambatan FT001/724/5 merentasi Sungai Kerian dan jejambat ke Jalan Transkrian FT001/FT283 bernilai RM194.42 juta; 

serta

PROJEK PENYURAIAN TRAFIK JURU–SUNGAI DUA: PACU ASPIRASI MALAYSIA MADANI

PULAU PINANG - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua (PTJSD) bertempat di Tapak Ekspo Seberang Perai.

Projek strategik sepanjang 17.3 kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan ini merupakan antara inisiatif berimpak tinggi Kerajaan MADANI dalam menangani kesesakan yang telah sekian lama membelenggu kawasan Juru hingga Sungai Dua — laluan yang digunakan lebih 200,000 pengguna setiap hari.

PROJEK MENAIKTARAF JALAN DARI INANAM KE SEPANGGAR PAJEK WP7 LPB SABAH FASA 1A KINI MENCAPAI KEMAJUAN 89 PERATUS

KOTA KINABALU, SABAH -  Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, melakukan lawatan rasmi ke Pakej Kerja 7 bagi Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1A melibatkan menaiktaraf jalan dari Inanam ke Sepanggar.

Sehingga akhir Oktober 2025, projek mencatat kemajuan fizikal 89% dan jajaran utama sepanjang 9.9 km di bawah Sijil Penghunian Sementara (CPO 1) telah dibuka, memberi manfaat kepada penduduk Inanam, Menggatal dan Sepanggar dengan kelancaran trafik sementara kerja akhir diteruskan.

Subscribe to