Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan dan Pemasangan Bekalan Air Telaga Tiub

KAPIT, SARAWAK –  YB Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, telah menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan dan Pemasangan Bekalan Air Telaga Tiub yang melibatkan 11 sekolah pedalaman di Sarawak.

Penyerahan telah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penyertaan pihak sekolah dan wakil KPM. 

RANCAKKAN MADANI DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA - Kementerian Kerja Raya sertai Rancakkan MADANI di Dataran Putrajaya pada 5 sehingga 7 November 2025. KKR bersama Agensi dibawah naunganya JKR Putrajaya, CIDB dan LLM memberi perkhidmatan terus kepada para pengunjung reruai KKR. Selain itu, Unit Komunikasi Korporat (UKK) mempromosi dan advokasi mengenai aplikasi MyJalan 2.0 yang mempunyai ciri - ciri terkini yang memberi pelbagai manfaat kepada pengguna. 

Lebih 500,000 pengunjung telah memeriahkan program Rancakkan MADANI tersebut. 

CIDB LANCAR KAD PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN BAHARU BAGI MEMANTAPKAN PENDIGITALAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI PEMBINAAN

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini melancarkan Kad Pendaftaran Personel Binaan Baharu CIDB, sebuah identiti digital pelbagai fungsi yang menggabungkan rekod pekerja, kehadiran tapak binaan, e-Wallet dan sistem pembayaran gaji. Inisiatif yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh pengurusan tenaga kerja serta kebajikan 1.16 juta personel binaan berdaftar di bawah Akta 520.

YBM HADIR KE DEWAN NEGARA

KUALA LUMPUR  - Pagi ini Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir ke Dewan Negara, Parlimen Malaysia bagi Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Terdahulu beliau turut berpeluang menyaksikan Sesi Mengangkat Sumpah Tiga menteri sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua sebentar tadi bagi menyambung perkhidmatan mereka dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Upacara mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

YBTM JAWAB PERTANYAAN LISAN DI DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR  – Pagi tadi, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Dr. Haji Ahmad Haji Maslan, telah menjawab Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat bagi Soalan Nombor 2 daripada Tuan Mohd Nazri Abu Hassan (MERBOK) berkenaan tahap kajian keberhasilan penggunaan teknologi baharu turapan Cup Lump Modified Asphalt (CMA) atau turapan asfalt terubah suai getah bekuan, sebagai alternatif kepada teknologi sedia ada.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DELEGASI MINISTRY OF ROADS AND TRANSPORTS BANGLADESH KE KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) pada hari ini telah menerima delegasi daripada Ministry of Roads and Transport Bangladesh  seramai lima orang bagi lawatan sambil belajar. Kehadiran delegasi tersebut ke KKR adalah sebagai salah satu program dalam rangka lawatan sambil belajar mereka ke Malaysia bertujuan untuk mendapat pendedahan berkenaan kepakaran KKR dan agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai peneraju pembangunan infrastuktur negara. 

YB MENTERI TURUN PADANG MELIHAT SENDIRI INSIDEN LUBANG BENAM (SINKHOLE) DI FT033, SEKSYEN 22.0,LEBUH SPA, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA

MELAKA TENGAH – Seusai Program Retreat Menteri Kerja Raya Dengan Pengurusan Tertinggi dan Agensinya di Geo Resort Genting, YB Menteri telah bergegas ke Melaka Tengah untuk melihat sendiri insiden Lubang Benam atau Sinkhole yang diberitahu kepada beliau semalam yang berlaku pada 29 November 2025, sekitar jam 11.18 malam, Kejadian berlaku pada lorong fastlane Jalan Persekutuan FT033, Seksyen 22.0, Lebuh Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh (SPA), menghala ke UTEM, daerah Melaka Tengah. Sinkhole tersebut dianggarkan berukuran 10 meter panjang dan 5 meter lebar.

PROGRAM RETREAT MENTERI KERJA RAYA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) DAN AGENSI

30 NOVEMBER 2025 - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan Program Retreat Menteri Kerja Raya bersama-sama Pengurusan Tertinggi KKR dan agensi selama dua hari bermula 29 hingga 30 November bertempat di Geo Hotel and Resort. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh hala tuju strategik kementerian serta meningkatkan penyelarasan antara pihak pengurusan tertinggi KKR dan agensi di bawahnya.

INSIDEN RUNTUHAN CERUN DI LALUAN FT1208, SEKSYEN 2.0, JALAN SUNGAI BUAYA, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR

HULU SELANGOR – Kementerian Kerja Raya (KKR) ingin memaklumkan berhubung insiden runtuhan cerun yang berlaku di Laluan Persekutuan FT1208, Seksyen 2.0, Jalan Sungai Buaya, Daerah Hulu Selangor, Selangor pada 24 November 2025. Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada sebahagian struktur jalan dan menyebabkan penutupan laluan kepada pengguna bagi menjamin keselamatan orang awam. 

Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Penyenggaraan Kuarters Persekutuan

KUALA LUMPUR - Pagi ini Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Penyenggaraan Kuarters Persekutuan di Bawah Kawalan Kementerian Kerja Raya Bilangan 3 & 4/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kiambang, Aras 7, Blok B, Kompleks Kerja Raya.

Subscribe to