Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Jabatan Kerja Raya

FUNGSI
  1. Melaksanakan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa yang berhubungan dengan jalan Persekutuan (tidak termasuk lebuh raya) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
  2. Berfungsi sebagai Agensi Teknikal dengan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah;
  3. Merancang, merekabentuk, menguruskan dan menyelia perojek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang dan jeti;
  4. Melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan Infrastruktur k
Pembukaan Fasa 1 Lebuhraya SUKE Mampu Menyuraikan 36% Trafik Lembah Klang Pada Waktu Puncak

SUNGAI BESI, 15 SEPTEMBER 2022 - Fasa Pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) melibatkan jajaran sepanjang 16.6 kilometer bermula dari Persimpangan Cheras-Kajang dan berakhir di Persimpangan Bukit Antarabangsa telah dibuka secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya yang turut mengumumkan pemberian tol secara percuma selama sebulan, bermula jam 12 tengahari, 16 September 2022.

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jalan Telupid -Sandakan Rangka Penyelesaian Untuk Keselesaan Dan Keselamatan Pengguna Jalan Raya Di Sabah

TELUPID, SABAH, 13 JULAI 2022 - Susulan daripada lawatan kerja Menteri Kanan Kerja Raya bersama Timbalan Menteri Kerja Raya serta pihak pengurusan atasan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersempena Jelajah FTRoadpedia Negeri Sabah pada 26 hingga 29 Mei yang lalu, satu pasukan petugas khas telah dibentuk bagi mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk mengatasi kesulitan pengguna jalan raya yang melibatkan laluan FT22 dari Sandakan ke Telupid.

Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022

IPOH, PERAK, 21 JUN 2022 - Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganjurkan Persidangan Pegawai Kanan JKR Tahun 2022 bertempat di Hotel Casuarina, Perak dengan bertemakan “PENDIGITALAN: Kelangsungan Perkhidmatan di Era Endemik”. Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah menyempurnakan majlis perasmiannya.

RM 8.6 Juta Peruntukan Selenggara Lebuhraya Timur Barat Gerik – Jeli Jajaran Negeri Perak

GERIK, 20 JUN 2022 – YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, hari ini meninjau laluan Jalan Persekutuan FT004, Lebuhraya Timur Barat Gerik – Jeli jajaran Negeri Perak.

Subscribe to