TEMERLOH, PAHANG, 18 OGOS 2022 - Jelajah FTRoadpedia meneruskan misi tinjauan infrastruktur Keluarga Malaysia dengan siri jelajah kali kedua di Zon Selatan. FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2022 diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof. Jelajah ini akan menelusuri tiga buah negeri iaitu negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.