Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Hospital Sultanah Maliha, Langkawi Bakal Dinaik Taraf Sebagai Hospital Pakar Major

PULAU LANGKAWI, KEDAH, 12 SEPTEMBER 2022 – Perasmian pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darul Aman diiringi oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Tuan Khairy Bin Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia serta YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md

Projek Membina Jalan Dari 2 Lorong Kepada 4 Lorong Permatang Pak Elong - Jambatan Merdeka Membantu Mengurangkan Kesesakan

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 11 SEPTEMBER 2022 — Projek Membina Jalan Dari 2 Lorong Kepada 4 Lorong Dari Permatang Pak Elong Hingga Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara, Pulau Pinang diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR). Pelaksanaan projek ini akan meningkatkan taraf perkhidmatan jalan ini daripada Level of Service (LOS) F kepada LOS C seterusnya mengurangkan kesesakan serta turut mengurangkan tempoh perjalanan pengguna.

PLUS Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Kerja Raya 2022

SINTOK KEDAH, 10 SEPTEMBER 2022 - Kejohanan Sukan Kerja Raya Kali Ke-13 Tahun 2022 ditutup dengan rasminya oleh YBhg Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bertempat di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia.

Juara keseluruhan pada kejohanan kali ini dimenangi oleh PLUS Malaysia yang merangkul 4 emas, 7 perak dan 1 gangsa. Pada majlis tersebut juga, Johan bagi setiap 18 acara yang dipertandingkan menerima Piala Pusingan sebagai simbolik juara bertahan.

24 Kontinjen Bersaing Di Sukan Kerja Raya 2022

SINTOK, KEDAH, 08 SEPTEMBER 2022 – Kejohanan Sukan Kerja Raya 2022 kali ke-13 telah dibuka secara rasmi oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya bertempat di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kejohanan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia ini melibatkan24 kontinjen yang terdiri daripada 1,819 orang atlet. Para atlet akan berkampung selama 5 hari bermula 07 September hingga 11 September 2022.

Majlis Pra Pelancaran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia – Pacific Regional Congress Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 06 SEPTEMBER 2022 – Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 yang bakal diadakan bersama dengan 4th International Road Federation Asia – Pacific Regional Congress selama tiga (3) hari bermula 11 hingga 13 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pembukaan Persimpangan Bertingkat Sri Aman Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

SRI AMAN, 4 SEPTEMBER 2022 – Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 786 kilometer (km) merentasi bahagian utara Sarawak hampir siap sepenuhnya. Hari ini satu lagi persimpangan bertingkat di bawah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu Persimpangan Bertingkat Sri Aman dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Media Sarawak

KUCHING, 3 SEPTEMBER 2022 – YB Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya telah mengadakan sesi libat urus bersama 250 pengamal media di Sarawak bagi berkongsi visi dan misi Kementerian dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga pembangunan infrastruktur kepada Keluarga Malaysia di negeri Sarawak khususnya.

CIDB Dan MRT CORP Bekerjasama Tingkatkan Kualiti Dan Produktiviti Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2022 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) hari ini ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan. MoU ini merangkumi tiga aspek utama, iaitu Pembangunan Modal Insan, Kaedah dan Teknologi Pembinaan, dan Sistem Penilaian Kualiti, Keselamatan dan Kemampanan.

Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 (Hari Ketiga)

KLUANG, JOHOR, 20 OGOS 2022 – Penutup bagi siri Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan ahli jelajah telah meneruskan perjalanan bagi tinjauan projek cadangan menaik taraf jalan di Jalan Persekutuan FT050 dari Ayer Hitam ke Kluang di Seksyen 33.8 hingga ke persimpangan stadium Kluang di Seksyen 49.1.

Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan (Hari Kedua)

KOTA TINGGI, JOHOR, 19 OGOS 2022 – Hari kedua Jelajah FTRoadpedia Selatan 2.0 yang diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof diteruskan dengan tinjauan ke lokasi yang menerima jumlah aduan yang tinggi daripada pengguna jalan raya. Lokasi tersebut adalah di beberapa seksyen Jalan Persekutuan FT003. Laluan FT003 bagi negeri Johor merupakan Jalan Persekutuan sepanjang 169.95 KM bermula dari daerah Mersing sehingga daerah Johor Bahru.

Subscribe to