PUTRAJAYA - Majlis Pemerkasaan Pengurusan Data Jalan Negeri MARRIS Melalui Sistem MyINFRA telah berlangsung di Auditorium Kementerian Kewangan, pagi tadi.
PUTRAJAYA - Majlis Pemerkasaan Pengurusan Data Jalan Negeri MARRIS Melalui Sistem MyINFRA telah berlangsung di Auditorium Kementerian Kewangan, pagi tadi.
PONTIAN – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah turun padang meninjau keadaan tapak cadangan projek menggantikan Jambatan Parit Semerah di Jalan Persekutuan FT005, Pontian, Johor. Turut serta ialah Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya; Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; serta Yang Berhormat Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor.
PONTIAN - Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia telah merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Penyerahan Projek Siap di Pontian, Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya
merangkap Ahli Parlimen Pontian bersama YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.
SEBERANG PERAI – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU KKR) telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Desa Permatang Pasir di Seberang Perai Tengah (SPT) bagi meninjau keadaan fizikal fasiliti serta merangka pelan tindakan pembaikan struktur bangunan.
KUBANG SEMANG – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah turun padang meninjau kemajuan Projek Meroboh dan Membina Baharu Bangunan Jabatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Turut serta memberikan taklimat projek ialah Pengurus Projek, Puan Norhayati binti Ahmad.
Projek ini dilaksanakan oleh NASR CONSTRUCTION SDN. BHD., kontraktor berdaftar CIDB, dengan nilai kontrak sebanyak RM3,042,052.00 di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
KUBANG SEMANG – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang ke tapak cadangan pembangunan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, cawangan Pulau Pinang di Kubang Semang, Seberang Perai Tengah.
Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian tapak seluas 2.191 hektar berhampiran Lebuhraya BKE yang dikenal pasti untuk pembangunan pusat latihan kemahiran pembinaan (TVET) bagi belia tempatan.
SONG - Kerajaan MADANI melalui KKR melancarkan Projek Penyelenggaraan dan Naik Taraf Sistem Solar Hibrid (2025–2027) serta menyerahkan projek siap bagi sekolah luar bandar Sarawak dalam usaha memastikan bekalan elektrik 24 jam yang stabil.
Majlis di SK Nanga Bangkit, Song ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Projek melibatkan 121 buah sekolah, menggantikan janakuasa diesel dengan sistem solar hibrid yang menjimatkan kos operasi sehingga 80% bersamaan RM90 juta setahun.