Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
TURUN PADANG : PROJEK JALAN SARAWAK-SABAH DIPERKASA SELARAS MALAYSIA MADANI

SARAWAK - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah turun padang ke tapak Projek Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 untuk melihat sendiri perkembangan kerja pembinaan di lapangan. Lawatan ini bertujuan memahami cabaran yang dihadapi serta berbincang langkah penambahbaikan bersama agensi berkaitan dan pihak kontraktor. Lawatan ini turut disertai YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pengurusan) KKR.

PENYERAHAN PROJEK PEMBAIKAN CERUN VHF TELAPAK BURUK, NEGERI SEMBILAN.

JELEBU, NEGERI SEMBILAN –  YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Arahan Kerja (AK) Pembaikan Cerun Laluan Very High Frequency (VHF) Telapak Buruk, Negeri Sembilan yang dilaksanakan melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya. Laluan ini merupakan akses strategik dan utama ke stesen pemancar komunikasi negara bagi kenderaan penyelenggaraan dan dikategorikan sebagai Sasaran Penting Keutamaan 1 (SP1) di bawah Government Integrated Radio Network.

MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI PROGRAM KONTRAKTOR G1–G4 OLEH MENTERI KERJA RAYA

SEREMBAN - YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini menyempurnakan Majlis Cabutan Kerja Undi Program Kontraktor G1 hingga G4 bagi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan Zon Selatan Tahun 2026 yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban bersama pengurusan tertinggi KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak konsesi. 

KERJASAMA STRATEGIK INFRASTRUKTUR DAN JALAN RAYA PACU HUBUNGAN DUA HALA MALAYSIA-UKRAINE

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Nadolenko Hennadii, bagi membincangkan pengukuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Pertemuan ini memberi tumpuan khusus kepada kerjasama strategik dalam sektor infrastruktur, merangkumi aspek pembangunan dan penambahbaikan rangkaian jalan raya serta pembinaan lebuh raya demi meningkatkan kesalinghubungan sistem pengangkutan negara.

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA PROJEK PEMBINAAN PENJARA SIBU, SARAWAK

KUALA LUMPUR - Sekitar Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembinaan Penjara Sibu, Sarawak bernilai RM275.33 juta, yang telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, hari ini.

KERAJAAN TERUSKAN KOMITMEN MEMASTIKAN PEMBAIKAN CERUN DEMI KELANGSUNGAN JARINGAN PERHUBUNGAN JALAN RAYA DI FT185

GUA MUSANG, KELANTAN  – YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya menegaskan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited memastikan pengurusan dan pembaikan cerun di sepanjang Jalan Persekutuan dilaksanakan secara berterusan demi kelangsungan rangkaian perhubungan jalan raya, khususnya di Laluan FT185, Jalan Lojing – Gua Musang.

Subscribe to