Langkau ke kandungan utama
OBJEKTIF
  • Objektif penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah seperti berikut:
  • mengadakan suatu sistem pengangkutan jalan raya yang cepat, selamat dan lengkap untuk negara secara keseluruahannya.
  • untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyenggara rangkaian lebuhraya yang moden serta lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan.
  • menghubungkan kesemua pekan utama yang sediada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi,budaya dan sosial serta perpaduan negara.
  • membolehkan suatu sistem pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan seluruh negara.
  • Untuk melatih kakitangan dan seterusnya memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyenggaraan lebuhraya.
VISI

Menjadikan LLM bertaraf dunia dalam pembangunan, pengurusan dan kawalseliaan lebuhraya.

MISI

Mewujudkan pusat kecemerlangan lebuhraya; Memantapkan prosedur pengawalseliaan lebuhraya; dan Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

FUNGSI
  1. Melaksana fungsi-fungsi dan menajalankan kuasa-kuasa di bawah Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 [Akta 231];
  2. Menyelia dan mereka bentuk, membina dan menyelenggara projek lebuh raya di bawah Perjanjian Konsesi;
  3. Menyelia dan melaksana reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan rehat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya;
  4. Memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya;
  5. Merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya.
Alamat Agensi

Wisma Lebuhraya,
Lembaga Lebuhraya Malaysia,
KM 6 Jalan Serdang - Kajang,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 603-87373000 (10 lines)
Faks: 603-87373555
Laman Web: http://www.llm.gov.my