Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Majlis Penyerahan Program Felo Perdana 2020

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Rabu, 8 Julai 2020 - 9:00am
Sumber: 

Majlis Penyerahan Program Felo Perdana 2020

PUTRAJAYA, 8 JULAI 2020 - Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Seri Hj. Fadillah Hj. Yusof hadir ke Majlis Penyerahan Program Felo Perdana 2020 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri.

Program Felo Perdana adalah sebuah program kepimpinan berprestif yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sejak tahun 2013. Program ini merupakan inisiatif bagi melahirkan pemimpin yang dinamik dan untuk memberi peluang kepada anak muda untuk mendapat pengalaman bekerja secara langsung bersama Anggota Pentadbiran.

Seramai 82 orang peserta daripada 600 permohonan telah terpilih untuk menyertai program pada tahun ini dan 3 peserta diserahkan kepada Pejabat Menteri, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Para peserta tersebut adalah Encik Muhammad Danial Bin Dasris, Encik Hoh Jia Da dan Encik Amirul Faiz Bin Abdul Latif.

Tags: 
#kkr #kbs #mkkr #feloperdana2020 #putrajaya #kitajagakita #kitamestimenang #infrarakyat
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources