KUALA LUMPUR, 6 September – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya hari ini.
Majlis yang bermula pada pukul 12 tengahari ini telah dihadiri Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor, Timbalan Menteri, YB. Dato’ Yong Khoon Seng; Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Datuk Himmat Singh; Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi dan pengarah urusan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Mohamad Zabidi Zainal dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Datuk Farida Mohd Ali.
Barisan artis terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Salamiah Hassan dan Jamal Abdillah turut memeriahkan lagi sambutan majlis ini dengan nyanyian lagu-lagu yang sentiasa segar dihadapan 5,000 orang tetamu.



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Mon, 20/05/2013 - 10:08am
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.