Langkau ke kandungan utama
1

6 Anugerah dipertandingkan sempena Hari Inovasi KKR 2014

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Bersempena dengan Hari Inovasi KementerianKerja Raya (KKR) 2014, sebanyak enam anugerah telah dipertandingkan selaras dengan usaha melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berasaskan inovasi dan kreativiti.

Anugerah tersebut adalah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Pengurusan dan Teknikal, Anugerah Inovasi ICT, Anugerah Inovasi Pengurusan Terimaan, Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat dan Anugerah Inovasi Pengurusan Projek.

Kesemua pemenang keenam-enam anugerah ini telah diumumkan hari ini bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Hari Inovasi KKR telah diadakan sejak 2010 bagi menggantikan Hari Kualiti dan bagi tahun ini ia membawakan tema ‘Inovasi Pemangkin Transformasi’.

Tarikh Dan Waktu Acara