Langkau ke kandungan utama
Bahagian Cawangan Unit
Alamat Jabatan

Bahagian Kewangan,
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 3, Blok A, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tel : 03-2711 4301
Faks :03-2711 1962

Visi

Menjadikan Pengurusan Kewangan Kementerian Kerja Raya Di Tahap Kelas Pertama.

Misi
  • Meningkatkan pengurusan kewangan secara cekap dan berkesan,
  • Meningkatkan penggunaan sistem elektronik dalam melicinkan urusan kewangan, dan
  • Meningkatkan pemantauan serta menjalinkan kerjasama yang erat dengan semua pusat tanggungjawab (PTJ).
Objektif
  • Memastikan perbelanjaan Peruntukan Mengurus mencapai tidak kurang 95% setiap tahun,
  • Memastikan bayaran bil yang lengkap diselesaikan tidak melebihi 14 hari seperti yang terkandung di dalam Arahan Perbendaharaan 103(a),
  • Memastikan pengurusan kewangan kerajaan menggunakan sistem elektronik secara optimum, dan
  • Memastikan prosedur kewangan dipatuhi ke arah mencapai audit sifar.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi
  • Urus setia kepada pegawai pengawal untuk menguruskan Belanjawan Mengurus KKR
  • Memastikan sistem pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab
  • Pengurusan Perolehan dan Harta dilaksanakan secara teratur
  • Memastikan sifar penemuan audit
  • Pengurusan elaun dan kemudahan kewangan yang lancar
Piagam Pelanggan

Kami bertekad untuk melaksanakan pengurusan kewangan Kementerian dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab. Dalam melaksanakan tugas ini kami akan memastikan perkhidmatan yang diberikan disempurnakan seperti berikut :-

  • Memantau dengan rapi bagi memastikan bayaran tuntutan/ bil/ invois tidak melebihi 14 hari, dari tarikh terima bil yang lengkap;
  • Meluluskan permohonan pindah peruntukan dalam masa 1 minggu;
  • Meluluskan permohonan kemudahan dan pinjaman dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan diterima, tertakluk kepada permohonan yang lengkap;
  • Mempamerkan Jadual Tawaran (JKR28) dalam tempoh 7 hari selepas tender/ sebut harga ditutup; dan
  • Mengemukakan Pesanan Kerajaan kepada pembekal/ kontraktor dalam tempoh 2 hari dari tarikh kelulusan.