Langkau ke kandungan utama
Alamat Jabatan

Bahagian Perancangan Korporat, 
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 5, Blok B,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

Tel: 03-2771 4575
Fax: 03-2711 1590/1592

Visi

Pemacu transformasi dan profesionalisme Kementerian Kerja Raya dalam meneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara.

Misi

Menjadikan Bahagian Perancangan Korporat sebagai satu bahagian yang mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam perancangan korporat, pengurusan mesyuarat dan keurusetiaan di Kementerian Kerja Raya

Objektif
  1. Memacu Ke Arah Perancangan Korporat Yang Cemerlang.
  2. Memperkasa perancangan strategik, pengurusan prestasi utama dan penyelarasan urusan kabinet serta hubungan antara kerajaan dengan memenuhi keperluan Pengurusan Atasan KKR.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi

CAWANGAN PENGURUSAN STRATEGIK

  1.  Menguruskan Pelan Strategik Organisasi (PSO) KKR 2021-2025;
  2.  Menguruskan Pelan Pengurusan Risiko Kementerian;
  3.  Menguruskan Standard Operating Procedure (SOP) Pengurusan Krisis dan Bencana Kementerian;
  4.  Menguruskan Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSU-KP);
  5.  Menguruskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja;
  6.  Menguruskan Mesyuarat Ketua Menteri dan Menteri Besar;
  7.  Menguruskan Mesyuarat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama Ketua Setiausaha dan Setiausaha Kerajaan Negeri;
  8.  Menguruskan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Kementerian; dan
  9.  Menguruskan Mesyuarat Pengurusan Kementerian dan Agensi.

 

CAWANGAN PENGURUSAN PRESTASI

  1.  Menguruskan Petunjuk Prestasi Utama (MPI) YB Menteri Kerja Raya, KPI Tier 1 (KSU) dan KPI Tier 2 (TKSU(P), TKSU (DP), PUU) dan Tier 3 SUB (BPP), SUB (BDA) dan SUB (BPJ);
  2.  Menguruskan laporan bulanan bagi KPI YB Menteri melalui Sistem MyMadani (oleh MAMPU);
  3.  Menguruskan laporan bulanan bagi KPI Tier 1, 2 & 3 melalui Sistem MyKPI (oleh JPA);
  4.  Menguruskan Performance Review YB Menteri bersama-sama YAB Perdana Menteri;
  5.  Menguruskan Mid Year Review dan Year End Review Petunjuk Prestasi Utama (MPI) YB Menteri, KPI Tier 1 (KSU) dan KPI Tier 2 (TKSU(P), TKSU (DP dan PUU) dan Tier 3 SUB (BPP), SUB (BDA) dan SUB (BPJ);
  6.  Menguruskan Soal Selidik dan Analisis Sentimen bagi penilaian YB Menteri; dan
  7.  Menguruskan Pemukiman Jemaah Menteri bagi YB Menteri.

 

CAWANGAN KABINET DAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN

  1.  Menguruskan Mesyuarat POSKAB / PREKAB;
  2.  Menguruskan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri kementerian;
  3.  Menguruskan Ulasan Kementerian terhadap Memorandum daripada Kementerian lain;
  4.  Menguruskan Minit Mesyuarat Pasca Kabinet;
  5.  Menguruskan Bengkel Penyediaan Kertas Jemaah Menteri;
  6.  Menguruskan edaran Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
  7.  Menguruskan pangkalan data dan edaran Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.

 

CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1.  Menguruskan pentadbiran Bahagian;
  2.  Menguruskan sumber manusia Bahagian;
  3.  Menguruskan kewangan Bahagian;
  4.  Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Program 1(PPMC) KKR; dan
  5.  Menguruskan kualiti dan inovasi.
Piagam Pelanggan

Kami di Bahagian Perancangan Korporat berjanji akan sentiasa komited untuk melaksanakan dasar dan program Kementerian dengan:

  • Menyediakan Ulasan Nota dan Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari dari tarikh arahan diterima tertakluk kepada penerimaan input yang lengkap daripada bahagian/agensi berkenaan.
  • Memastikan penyediaan Pelan Strategik KKR disempurnakan pada suku tahun pertama setiap 5 tahun.
  • Memastikan pemantauan Pelan Strategik KKR dilaksanakan setiap suku tahun.
  • Menyediakan minit mesyuarat-mesyuarat utama dalam tempoh 3 hari.