Langkau ke kandungan utama
1

Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia 2013

KUALA TERENGGANU, 27 Mei – Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Fadillah Yusof telah merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2013 hari ini bertempat di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Pada majlis ini, YB. Menteri turut sudi menyampaikan anugerah kepada para penerima yang terpilih.  Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik, Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik, Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik, Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik dan Anugerah Kontraktor Cemerlang.

Dalam ucapan perasmiannya, YB. Menteri menyeru kepada warga JKR supaya bersama-sama berganding bahu sebagai satu organisasi yang padu, menanam azam dan semangat yang gigih untuk meningkatkan produktiviti dengan pencetusan idea inovasi yang lebih kreatif ke arah keunggulan JKR.

Mesyuarat tahunan ini diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mei 2013 dengan bertemakan ‘Pencetus Inspirasi, Penjana Transformasi’.  Pelbagai aktiviti diatur, antaranya sesi dialog, pembentangan kertas kerja, pameran dan lawatan teknikal.  Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Exco Kerajaan Terengganu, YB. Ir. Rosli bin Othman (Pengerusi JK Kerja Raya dan Pengangkutan), YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Ir. Mohd Noor Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua Pengarah Agensi dan Pengurusan tertinggi KKR serta pegawai kanan JKR.   

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita