MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK KHAS (JPPK) LTU DAN KBKK BIL. 3/2026 SERTA SESI PENANDATANGANAN DEKLARASI DATA ASET JALAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK KHAS (JPPK) LTU DAN KBKK BIL. 3/2026 SERTA SESI PENANDATANGANAN DEKLARASI DATA ASET JALAN

KOTA BHARU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas JPPK Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) Negeri Kelantan (Task Forcel Bilangan 3 Tahun 2026 bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid serta Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim Isa.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim itu menjadi platform bagi menyelaras pelaksanaan serta memantau kemajuan kedua-dua projek strategik berkenaan agar dapat dilaksanakan mengikut perancangan demi manfaat rakyat.

Kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terus diperkukuh menerusi sesi Penandatanganan Deklarasi Data Aset Jalan. Deklarasi ini sebagai tanda komitmen bersama dalam memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih sistematik, berintegriti dan bersepadu.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4