MENTERI KERJA RAYA SEMPURNAKAN PENYAMPAIAN WATIKAH PEMANGKUAN JAWATAN TERTINGGI JKR MALAYSIA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MENTERI KERJA RAYA SEMPURNAKAN PENYAMPAIAN WATIKAH PEMANGKUAN JAWATAN TERTINGGI JKR MALAYSIA

Submitted by wmukk on 19 October 2026

PUTRAJAYA – Majlis Penyerahan Watikah Pemangkuan dan Penempatan Jawatan Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Ibu Pejabat JKR Putrajaya, di sini hari ini.

Majlis menyaksikan penyerahan Watikah Pemangkuan dan Penempatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada YBhg. Dato’ Ir. Suhaili bin Mansor yang memangku jawatan Jurutera Mekanikal Gred Utama A.

Turut disempurnakan dalam majlis sama ialah penyerahan Watikah Pemangkuan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia kepada YBrs. Ir. Zuraidah binti Muhamad yang memangku jawatan Jurutera Elektrik Gred Utama B.

Acara penyerahan watikah berkenaan turut diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim; Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa; serta jajaran Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR Malaysia.

Pelantikan dan pemangkuan kepimpinan baharu ini menterjemahkan pengiktirafan serta kepercayaan Kerajaan terhadap kepakaran teknikal pegawai, sekali gus mengukuhkan lagi keupayaan perkhidmatan JKR Malaysia dalam meralisasikan penyampaian projek infrastruktur negara yang berimpak tinggi, berintegriti, dan berkeskalan tinggi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3